Khamis, 29 Januari 2009

~HuTaNG SeTTle, WoRKS BeLuM~


Sume-sume ni keje KF.. Tapi dah janji nak settlekan, so ni, settle kan..


1.take ur pic (NOW)-dont cheat2...
2.upload it..
3.description...

Ok, Finish.. Upload pun dah.. Tapi sebelum tu, mintak maaf coz takleh snap gambar time menaip ni coz hp aku screen rosak, thats y aku jadi malas nk update blog..

Gambar ni last time aku snap picture, malam semalam. Aku guna hp org sebelah aku tu. Nama dia Yaiza, Kak Ja. Time ni, on da way balik K.L. Aku tumpang UIA kakak aku coz UiTM lambat lagi nak bkak. Dari duk sorang, aku duk hostel kakak aku tuk buat assigmnt.. So, ni gambar aku last time aku ambik gambar.. Yg Lucu, pakai tali pinggang. TAkut kena saman.. hhuhu.. Seksa betul..hahha..

4.tag another people....

Tak tau nak tag sape.. Simpan je kot Tag ni.. Huhuh..

Rabu, 28 Januari 2009

~BeNaR @ TiDaK, TuHaN Yg TaHu...~

Maaf, sudah lama tak post entry coz bz + line tenet tak ok.. papepun, thanks bagi yg bagi support.. Malam nie, tiba rajin nak baca2 entry org.. N terpikat ngan 1 entry.. Entry ni dari rul. Aku pun tak tahu sape rul ni.. Tapi yg aku tau, dia singgah blog n tinggal jejak.. thanks, rul.. Sape nak kenal rul, klik je tempat nama dia tu.. aku dah link kan.. ni aku ambik dari blog dia.. SORRY,RUL...

a) Mengikut hadith, umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...sekarang sudah 1352 +120 + 13 tahun hijrah... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 15 tahun lagi.. Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2023

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 9 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2023+0.1¼ = 12.36 am on 28 JAN 2023 ....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2009.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2023,disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 14-15 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2022... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2023-2024.... Wallahu'alam... Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...Kita telah berada di bumi ini selama 1485 tahun... Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian... Semoga saudara-saudari sekalian akan mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

Rabu, 14 Januari 2009

~TaG LaGi~

Siapa lagi kalau yg suka mengtag orang... Tentu lah, kf.. Khalifah Fedi...
Ni akanku cuba menjawab soalan2 kf ni... Soalan nya meluas... So, bolh aku tag balik sape2 yg kf dah tag sebab dia akan jawab soalan tu lain2 jawapan coz orang yg tag dia tu lain2 orang... HHAHAHAAHA...

::: Senyum sorang:::

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Three @ 3 PERKARA TENTANG ORG YG TELAH TAG KAMU:

1. KF?? Kf ni seorang yg suka buat lawak.. (kadang2 tak lawak pun.. HAHAHA)
2. KF suka update blog... Dia rajin sangat.. Tapi kadang2 ntah pape dia buat... Tak paham den.. (Ops.. jgn marah kf..)
3. KF kata dia dah balik Johor, keje kat Johor.. Katanya kat CC.. Lagi 1 dia suka minum kopi Kapal Api.. hahaha...

Three @ 3 about me = MiSS MiMieY
1. Budak Comot & Gemok lagi hitam masa kecik.. hehehehe...
2. Bertudung kalau kemane2... (Tak cantik tapi manis.. Abah aku kata.. hehe)
3. Simple, Kuat Merajuk, Cemburu, N tak suka pakai baju ketat2...

Filem feveret:
1. Korea- Full House, Sam Soon, n lain2
2. Melayu- Sume cter arahan P-Ramlee, n macam2 lagi
3. Hindustan- Kuch Kuch Hota Hai, Mohabbatain, Duplicate, Mann, n macam2 lagi...

SIZE PINGGANG:
Disebabkan aku budak gemuk, so saiz pinggang besar. Besar bagi pompuan..
Penah capai saiz 32.. Abah kata 1 saiz dgan dia.. Malu kot.. hahah.. Tapi sekarang dah kecil skit tapi still besar coz aku jenis keturunan rangka kasar.. Kalau beli seluar sekarang, saiz 30..
hahah.. Malunye.. Tapi jujur je..

KALER SPENDER:
Soalan Cepu Mas... Dah nama nye pompuan.. Dah tu Di alam remaja lak tu... Susah nak terangkan color ape... Sume color ade kot.. HAHAHAHa...

~Nampaknya aku dah settle kan Tag dari kf yg ntah pape ni... So, takkan kita je nak jawab kot.. Mesti lah nak org jawab gak,~

Orang Yg aku nak tag adalah kemungkinan orang yg sama ditag kf.. Apepun, aku WAJIB kan dia jawab. Biar penuh entry diorang.. hehhe. Ni orangnya...
  1. KF
  2. Khir
  3. Si Gadis
  4. Sume Yg Baca.. Ambil n jawab.. Dah ambik tinggal jejak supaya aku leh singgah blog korang.. huhuhu

Terima Kasih pada kf.. Byak kan tag ek...( Perli)huuhuh...

~aSSiGMeNT 'N' JaLaN-JaLaN~

Hmmm..... Memikirkan nak update blog, terlalu byak aku nak post entry... Tapi setiap kali bukak nak update, masalah lembab internet n cannot connect datang... Tu yg buat aku jadi malas nak update.. Gambar2 dah ade, juz tunggu masukkan je.. Sebelum2 ni, aku byak pegi jalan2 n habiskan duit yg tak sepatutnya aku habiskan.. Adui... Biasalah... Pompuan... Rakan sebaya... Yang penting aku tak ronda2 rosakkan diri or Ronda2 cari masalah...
So, sekarang aku update pun coz nak mintak tolong jasa2 baik member2 blog... Mane tau kot2 ade idea2 bernas dari rakan2 blogger ni.. K, ni pasal assigment aku tuk last sem aku kat sini.. Aku diminta utk publish 14 work tuk Diploma Show (MAJOR PROJECT).. Antara tajuk2 besarnya adalah dari segi:
  1. Architecture
  2. Lanscape
  3. Human Interest
  4. Food
  5. Indoor Potrait
  6. Experimental B&W
  7. Experimental Color
  8. Industrial
  9. Sport
  10. Fashion Indoor
  11. Fashion Outdoor
  12. Glassware/ Silverware
  13. Still Life
  14. Editorial


Dan Sume di atas tu adalah bertemakan "Heritage Melaka", tertakluk pada syarat iaitu :"Melayu" sahaja.

Untuk subject Minor lak, aku diminta tuk buat Publication (buku) pasal ape2 image aku shoot n Interactive (Director) yg relate ng Major Project aku .. Buku tu, mesti 20 pages.. N dia punyer tema pun "Heritage" juga... Juz tak tak tertakluk pada heritage mane2.. Kelantan, Melaka, Negeri 9, Penang, Sabah, Serawak, atau ape2 je...

Untuk Subject Interpesonal Comunication lak, aku kena buat program (Art Talk) n Interview Photographer (invite photographer luar). Art Talk ni dibahagi pada Group. Pilih Tajuk n buat Presentation depan ramai2 (invite sume org dalam dan luar campus) tuk kita bagitau teknik2 atau cara2 nak shooting.. Kalau pasal lighting, bagitau ape kegunaan lighting, macam mane nak guna, n macam2 lagi.. So, tuk Group ni, Group aku cadang nak buat Topik Architecture @ Cinemetography... Tak sure lagi.. Tgh bincang...

So, bagi member2 yg ade idea2, boleh tinggalkan comment anda secepat mungkin sebab lagi cepat, lagi bagus... Ahaks...

ANDA BIJAK?

...TINGGALKAN IDEA2 BERNAS ANDA...

...SAYA TAHU ANDA BIJAK....

...::::...

..::TQ::..

Ahad, 11 Januari 2009

~aKu BeNCi~

ARGHHHH!!!!
TENSIONNYA AKU!!!
BENCI!!!
MENYAMPAH!!!



YA ALLAH, GERAM NYA AKU... AKU BARU JE NAK MEMULAKAN SESI MENG-UPDATE BLOG.. DAH TU LAIN LAK JADINYA..
~~~SEBELUM CUTI SEMESTER JULY 2008 BERMULA, AKU KEMAS BARANG DAN TUMPANG TINGGAL DI BILIK PANTRY SEPERTI YG DIBUAT SETIAP SEM.~~
MALANGNYA, SEM NI AGAK SAKIT ATI BILA BARANG AKU DICEROBOH.. SEPERTI BIASA AKU BERTOLAK AWL COZ NAK DUK KAT KOLEJ SEBELUM PENDAFTARAN. KEBETULAN SEM NI AKU DAPAT KOLEJ(TAK SEMUA COZ PART 6 KENA DUK LUAR). SO, AKU ANGKAT SEPARUH BRG2 AKU(CZ TERLAMPAU BYK). AKU TGALKAN SEPARUH LAGI TP DLM KEADAAN BAIK. AKU LETAK TEPI SEKALI. TADI, ADE DAK LEVEL DTG TNYA BARANG AKU KE DLM TU YG BELUM AMBIL.. AKU KATAKAN YEA JE.. AKU NAIK NK AMBIL TGOK BEG BESAR AKU TERBUKAK N BRGNYA DAH SEPARUH TAKDE.. AKU TAK TAU APE BRG YG AKU SIMPAN DLM TU.. PASTU TALI BESAR AKU, (TUK SHOOTING LAST SEM) AKU TINGGALKAN JAP. AKU AMBIL BEG N BWAK TURUN.. NAIK LAGI SEKALI, SUME BRG DAH DIPUNGGAH TURUN BWH, KE TONG SAMPAH BESAR..(CZ DAK PART 1 DIMINTA BERSIHKAN BILIK PANTRY).
AKU TAK KISAH NAK KEMAS KE APE.. TAPI AT LEAST BAGITAU.. KATA ROOMATE AKU, DIA DAH LETAK NOTIS. THEN, CUBA PK LOGIK AKAL, BRG YG DAH BERSEPAH, LOGIK AR NAK MAIN CAMPAK2.. NI BRG STILL DLM BEG, STILL CANTIK, ASAL LAK NAK BUKAK SEPAH2KAN.. GERAM BETUL AKU.. DAH LA AKU BELI MAHAL TALI NAK SHOOT TU..
APEPUN, NAK GERAM PUN MACAM AKU JE BODOH. SO, AKU JADIKAN IA PENGAJARAN. AKU SALAHKAN AKU COZ AKU CUAI, TAK PAY ATTENTION, N MACAM2 LAGI.. OLEH TU, BETTER AKU BETULKAN AKU YG TAK BERAPA BETUL NI...
PATUTKAN??

Rabu, 7 Januari 2009

~aWaRD (2)~



"Award 4 Bloger tercinta...."
-dr kf-




Hmmmm... Dah ambil dah award ni.. Award ni dari kf. Dah lama dia bagi tp baru je ambik coz baru ada nafsu nak buat post.. hehehe.. Papepun nasib baik ada nafsu.. (juz tak seghairah kf).. Tapi nak ambik ni lah yg jadi keje.. kena jawab soalan.. kf ni kan... hish... Pape pun thanks...

::menjawab dengan tekun::

kf mahu semua yg termasuk dlm senarai guest book award nie tinggalkan 7 perkara penting utk dikongsi seperti kf lakukan:-
nama penuh dlm ic/ nickname: Nor Sharmimi/ Mimiey,

alamat tempat stay skuk: Kubur Kuda, Kota Bharu, Kelantan.. UiTM Kampus Alor Gajah, AG, Melaka.( alamat tempat stay tika ni, tgh menaip)..heheh
jenis hpone skunk : Nokia 2630.. (hilang dah jumpa balik), N-Gage, Nokia SEMBILU...

TUGAS SKUNK: Jawab soalan kf sampai siap... hehheh.. @ lebih ok, still STUDY
status: Single but in a relationship
watak anime @ kartun yg disukai: Ntah, Dah lupa semua nama karton... tapi klu lukisan suka jenis awek yg cantik n balak yg hensom.. hahah..


LASTLY, thanks you...

Selasa, 6 Januari 2009

~aKu DaN DiRiKu~

MaaF!!!

KePaDa Sume member2 blogger yg selalu menjengah ke blog saya, saya ucapkan jutaan maaf kerana dah beberapa hari tak update or post entry baru... Actually, saya cipta blog ni utk lepaskan perasaan dalam hati yg tak terluah.. Tapi, lain yg dirancang, lain pula yg jadi.. Langsung saya tidak sangka rupanya blog ni ramai peminatnya tersendiri.. Apepun, saya akan cuba yg terbaik utk anda ikuti yg anda baca. Maaf kalau selama ni saya terkasar..

Terima kasih yg teramat kepada saudara kf, kerana setiap hari dia menjengah ke laman saya bertanya khabar.. Thanks..

Kepada yg baru jumpa atau tersinggah ke blog saya, saya ucapkan selamat datang dan selamat berkenalan..

kepada Blogger yg saya follow, saya sentiasa baca entry anda, tetapi maaf andai tidak meninggalkan jejak kerana hati tidak segembira selalu.

Sebenarnya saya tidak berapa sihat dalam tempoh 2,3 hari ini disebabkan kehilangan hp saya.. Mood saya nak belajar sekarang pun semakin berlurang disebabkan beberapa faktor... Ingin saya lontarkan semua rasa hati disini supaya kawan2 blogger dapat jadikan kisah saya sebagai pengajaran.. Malangnya mood saya sekarang tidak mengizinkan. Insyaallah saya akan luahankan segala2 yg telah berlaku apabila mood saya kembali.. Insyaallah...

Akhir sekali, saya harap, tidak ada pihak berkecil hati atau berkecil hati andai comment yg dihantar lambat dibalas... Dan award yg dikirim atau tag yg dihutang akan saya kutip n langsaikan 1 hari nanti...

Sabtu, 3 Januari 2009

~iNiKaH CiNTa~

HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.

~SeJeNaK KaTa~

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…
Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

~CiNTa SeJaTi~

Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan ~ Yahya Bin Muadz
Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai ~ Niller
Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta. ~Hukamak
Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga ~ Gorji Zaidan
Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat ~ Buckingham
Cinta sejati ialah cinta ibu kepada anaknya.
Cinta sejati daripada seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu ~ Daer Oberderf
Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata ~ Kruger

~aKu DaN CiNTa~



CINTA???
PENING AKU MEMIKIRKANNYA,
ADAKALA AKU RASA CINTA ITU PENTING,
CINTA ITU GEMBIRA,
CINTA ITU BAHAGIA,
ADAKALANYA AKU RASA CINTA ITU MENYAKITKAN,
CINTA ITU TAK ADIL,
CINTA ITU DUSTA.
AKU BENCI CINTA!!!
CINTA PADA ALLAH CINTA HAKIKI,
CINTA PADA MANUSIA, MATI.

CINTA,
ANDAI KATA KAU BERNYAWA,
SUDAH TENTU KAU MENOLONGKU,
MENOLONGKU MENJAWAB SEGALA PERSOALAN DI BENAK,
MENOLONGKU MENYELESAIKAN SEGALANYA.

CINTA,
MENGAPA KAU HADIR DENGAN MUDAH,
PERGINYA ENGKAU MENYAKITKAN,
ADAKAH INI ADAT BERCINTA?
ADAKAH SEMUA MERASAINYA?




Khamis, 1 Januari 2009

~2009 TiBa~

Sebelum betul2 masuk ke Tahun 2009, aku awal2 lagi diingatkan oleh Abah utk membina azam, matlamat, Impian, Misi, Visi n Sume2 yg baru lah.. Tinggalkan yg lepas dan jadikan tahun ni 2009 lebih baik dari 2008.. YYEEHH!!!

AZAM--->

* "Lebihkan usaha demi mencapai segala kejayaan tak kira dari segi apa jua sekali pun."

MATLAMAT--->

*Dapat mengumpul duit yg byak.

*Dapat menghabiskan Diploma dengan jayanya.

*Dapat ringankan beban family.

*Cuba mempelajari sesuatu yg baru.

*Menjadi seorang yg lebih jimat dari sebelum ni..

*Kutip ilmu selagi boleh.

IMPIAN--->

*Dapatkan sebiji kereta. (Walaupun secondhand)

*Dapat contribute money to my family. (Nak rumah baru)

* Create bisnes.

* Dapat sambung Degree.

* Berubah menjadi lebih baik dari sebelum. (Tak kisah org nak kata apa).

MISI--->

*Mempertikatkan kemahiran dah pengetahuan dari semua bidang.

VISI--->

*Menjadi seorang anak yg berjaya dan mempunyai keyakinan sendiri demi mempertahankan keluarga.

p/s: DOAKAN PERJALANAN HIDUP 2009 BERJALAN LANCAR....