Sabtu, 29 November 2008

CaHaYa DuNia....

Bismillah....

Jam sudah lewat. Hujan belum brenti.. aku pae lagi... tido ah... sejuk, sejuk mmg sedap tido... bangun subuh tadi pun lewat skit.. heheheh... ops... tapi ape yang penting, kucing aku, "mek 'tok" dah beranak... yea, yea, yea... anak2nya 3 ekor... tak tau la kalau2 ade lagi yg blum kuar... hehehe... comel sangat... akhirnya melihat cahaya dunia juga anak "mek 'tok" ni... aku pun terkejut jugak... bukan ape. time aku ambik wuduk subuh tapi ade je dia main2.. dah siap smayang ma aku kata dah beranak.. dalam bilik ma aku lak tu.. hahaha... apepun, aku tunggu masa nak bagi nama... dapat jugak aku anak baru... (walaupun bukan anak orang n anak sendiri).. hehehe...

Jumaat, 28 November 2008

MaLaS....

Adui, malas betul nak update blog nie. bukan ape.. tak reti... lagi satu macam2 hal plak.. cter aku pasal ' perlis n langkawi' tu belum siap lagi.. ntah nak sambung bila. menaip je ade orang kacau.. nak feel pun tak boleh... takpe2.. nanti2 je aku sambung.. cter sal langkawi lagi best... macam2 hal lah... tak sangka lak aku... yang penting aku tak ganggu hidup orang... hahahaha... yang terasa terganggu tu... SoRRy.. tak sengaja kowt.. hehhehe...

Isnin, 24 November 2008

UiTM PeRLiS 'n' LaNgKaWi...

VERSI PERLIS

Bertolak dari UiTM Melaka bersama kawan-kawan dan pegawai pengiring, aku mengambil tempat kedua dari belakang dalam bas. Biarpun agak belakang, aku selesa dari pandangan orang lain. Aku juga tak berteman walaupun kawan-kawan ramai. Aku sememangnya mengambil keputusan untuk duduk sorang. Lawatan ini diadakan bagi Jabatan Penggerak Kolej (JPK) untuk menghargai insan-insan yang telah banyak membantu menaikkan nama kolej Tun Kudu. Malangnya, aku bukan dari insan-insan yang berjasa itu.

"Mi, u nak join we all tak pegi Langkawi?" soal Fida padaku.
"I ok je. Tak kisah pun. Tp nanti I tanya my dad. Lagipun kat sana nanti I boleh shoot." jawabku.

Teringat balik ajakan Fida ke Langkawi menyebabkan aku terfikir apakah aku sepatutnya mengikuti rombongan ini ataupun tidak. Apepun yang bakal aku jawab nanti sudah tidak bermakna lagi kerana aku telah mengikutinya. Walaubagaimanapun, aku tetap berterima kasih kepada Fida kerana sudi mengajakku. Terima kasih, Kak Fida (aku panggil dia kak even sebaya coz respect her).

"Gemok!!!" panggil Daus, budak kelas ku. Itulah nama panggilan aku yang Daus bagi. Aku tak kisah sebab aku memang di kira dalam golongan yang gemuk.
”Ape?” tanyaku geram sebab dia mengganggu lamunanku.
“ Takde pape lah. Aku saje je kacau kau. Dah takde orang dah yang aku boleh kacau. Orang lain mane aku kenal. Ko je lah budak kelas yang aku boleh kacau. Kan aku kacau orang lain kang, terasa hati lak. Hahaha…” kata Daus sambil gelak.
” Ye lah tu ko.” kataku malas melayan.

Daus yang mengambil tempat di depan menyinggah di kerusi sebelahku. Mampuslah, sebab aku pun tak kisah. Bukan sebab aku suka dia atau ape. Yang aku tau dia hanya sekadar kawan kelas. Di sebabkan tak mengantuk, kami mengambil keputusan untuk berborak sementara menunggu pak cik driver berhenti untuk makan atau minum. Bermacam-macam topik kami utarakan sampailah die menceritakan kisah dia dengan kekasihnya. Kesian dia dapat saingan dari pihak lain. Setelah habis topik dan tak ada apa-apa yang nak diborakkan, aku halau Daus ke depan sebab aku nak tidur. Daus nampaknya enggan dan berkeras. Ah, sudahlah kau. Aku nak tidur. Ko nak duduk kerusi tu, duduk lah. Fikirku membiarkan dia.

”Mok, nak turun tak?” soal Daus apabila pak cik driver membelok ke ke Hentian R & R.
“Mestilah nak. Kenapa? Kau tak nak turun ek?” aku menduga.
”Aku tanya je. Kau marah tu apesal. Tanya pun tak boleh ke?” Daus hairan ngan aku.
”Yelah. Yang kau tanya macam taknak turun tu pesal? Aku nak makan. Kau taknak makan?” soalku.
”Aku taknak kot. Aku minum je kot. Tengok ah.” Daus menjawab.

Malas nak bersoal banyak, aku terus jalan ke gerai. Sambil jalan sambil aku tengok makanan yang ada. Tak ada selera la pulak, fikirku. Aku menuju ke tandas manakala Daus entah kemana. Biarlah dia. Pandailah tu bawa diri. Bukan budak kecil pun. Aku ke tandas nak cari Kak Fida dan Kak Long, kakak Kak Fida yang dia bawa. Tapi dalam tandas, lain orang pulak yang ada. Antaranya Hasmah, budak level yang tumpang bas nak balik rumah dan Shak ataupun nama sebenarnya Shakira. Kami berborak dan berjalan menuju ke tempat makan. Aku memesan nasi, sama juga mereka. Kami duduk satu meja. Nak makan, aku teringat Daus. Aku mesej dia. Dia kata makan je. Aku bukan apa, sebagai kawan aku kena cari dia sebab dia tak kenal budak lain selain aku dan Fida. Daus dan Fida adalah rakan satu sekolah semasa mereka di sekolah menengah. Itu berdasarkan apa yang aku tahu. Bila Daus dah kata macam tu, aku makan bersama Hasmah dan Shak. Lepas aku habiskan makanan, aku ke meja Daus sambil membawa air milo aku sebab aku kesian tengok dia sorang-sorang. Aku menemani Daus sambil berborak. Setelah itu, kami kembali ke bas untuk meneruskan perjalanan. Setelah kenyang makan, terasa berat pula mata.aku naik bas dan terus ke tempatku di belakang. Duduk seorang diri, aku lena diulik mimpi.

Bunyi bising di dalam bas menyebabkan aku terjaga dari lena. Ape yang budak-budak ni cakap ni. Aku tak faham ape yang diborakkan. Ah, tidur je lah. Aku menyambung mimpiku membiarkan orang lain dengan cara masing-masing.

“ Hah, kita dah sampai.” kata salah seorang dari kami. Aku tak pasti suara siapakah itu.
” Kita kat mane, weh?” aku bertanya.
” UiTM Arau lah. Kau ni. Tidur je. Eh, bangun lah.” Daus mengusikku.
” Ye lah.” aku bermalas-malasan.

Masing-masing tak tahu apa yang patut dilakukan kerana kami sepatutnya check-in hostel terus. Malangnya disebabkan terdapat silap faham, kami terpaksa menunggu sehingga pukul 8.30 pagi. Setelah selesai sembahyang subuh di masjid UiTM Arau, kami menaiki bas menuju ke tempat makan.

” Hak ni nasi lemak sardin. Ni nasi lemak teluq.” mak cik penjual di gerai tempat kami makan menerangkan jenis-jenis nasi.
” Ayyak (air) nanti order sana ek.” Mak cik negeri Utara itu mengeluarkan pelatnya.
” Okay, okay, mak cik. Nanti cek pi sana.” aku cuba menggunakan bahasa Kedah. Tapi tak tau betul ke tak.

Aku makan bertemankan Kak Long, Kak Fida dan Adik (Firdaus, adik Kak Fida).

Setelah selesai makan, kami menaiki bas menuju ke UiTM kampus Arau untuk check- in. Akhirnya, dapat juga kami masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk acara seterusnya.

” Mi, makan?” soal Kak Fida setelah kami dipelawa untuk sarapan.
” Dah siap makan baru nak suruh makan. Tak bagus lah diorang punya prosidur.” komen aku. Ape taknya, kitaorang dah siap makan dah, baru diorang sediakan makan.
” Ala, nak buat macam mane.” jawab Kak Fida
“ Makan lah sikit kot. Orang dah bagi. Hehehe.” aku mengambil nasi lemak walaupun baru sahaja makan nasi lemak di gerai mak cik Kedah tu.

Selesai makan, kami naik ke bilik untuk berehat. Di dalam bilik ada 4 buah katil. Aku dan Kak Long mengambil katil sebelah atas manakala kati bawahnya diambil oleh Kak Fida dan Che Nor. Tanpa disuruh, aku menurunkan tilamku ke lantai. Aku berasa panas dan kebetulan pada waktu itu memang tiada bekalan elektrik. Aku mengalas tilam menggunakan kain sarung yang Danial bekalkan.
Kak Fida pula menurunkan tilam Kak Long dan terus lena di atas tilam itu tanpa beralas. Kak Long hanya mundar mandir mencari baju untuk dipakai sebentar lagi. Manakala Che Nor kelihatan agak sensitive apabila dia mengalami selsema.

“ I need cadar.” kata Che Nor.
“ U minta dengan Yasir la.” jawab Kak Fida.
” I tak tahan. I memang nak cadar. I tak dapat tidur kalau takde cadar. Oh, no, no, no.” kata Che Nor lagi.
“ Alas la guna kain.” cadangku. Malangnya tiada jawapan.

Terlelap juga aku rupanya walaupun beberapa minit. Rupanya aku terlelapdi sebelah Kak Fida dan Kak Long di atas tilam di lantai.

” Dah pukul brape ni?” soalku pada Kak Fida.
” Dah lewat, mi. Pergilah u nak mandi. Dak-dak ni dah siap dah.” kata Kak Fida.

Aku terus mengambil kain dan terus ke tandas. Selesai mandi aku mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Semuanya terpaksa di gosok. Bosan betul bila dah lewat baju pula yang tiada yang ok. Kak Fida, Che Nor, dan Kak Long pun sama. Masing-masing tak ada baju yang boleh dipakai segera. Kebetulan elektrik level kami putus. Jadi nampaknya terpaksa menumpang di level pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya berada di level bersebelahan kami. Hanya wing yang menjarakkan kami.

“ Budak laki ada elektrik tak?” tanya Che Nor.
“ Try lah u sms diorang.” Kak Fida menjawab.
“ Hah, jom. Diorang ada elektrik.” Bagitau Che Nor gembira.

Kak Fida dan Che Nor menuju ke level pelajar lelaki. Setelah selesai mereka menggosok baju, aku mengajak Kak Long pergi menggosok baju pula. Tapi, rupanya baju Kak Long telah Kak Fida siapkan. Aku menggambil baju dah terus ke bilik dimana tempat mereka menggosok baju. Maklumlah kalau boleh nak masuk dewan nampak cantik sikit. Aku bersiap dan membiarkan mereka pergi dahulu ke tempat perbincangan dengan pihak UiTM Arau. Aku fikir mungkin tempat yang aku bakal pergi ini sama seperti dimana semasa pelajar Arau ke tempat kami, iaitu di dalam dewan. Malangnya, setelah aku bersiap dan turun ke tempat perbincangan, aku terkejut dan terserentap apabila bilik tersebut hanya bilik mesyuarat. Bilik itu mempunyai meja besar yang bujur yang menepatkan beberapa buah kerusi. Ia kelihatan seperti tempat perbincangan pengarah-pengarah. Begitu malu aku kerana masuk lewat. Malahan pula aku bukannya kenal rapat dengan pelajar-pelajar dari kampusku ini. Apalagi aku dapat buat kalau bukan buat dek je.

Selesai berbincang, kami dijemput untuk makan tengahari. Makanan tengahari sangat sedap. Pelbagai makanan yang dihidangkan. Sebelum menjamu selera, aku meminta kesemua pelajar n staf bersedia kerana aku ingin mengambil gamrbar mereka beramai-ramai. Selesai mengambil gambar, masing-masing menuju ke meja dan menjamu selera. Bagi pelajar lelaki, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana mereka perlu untuk sembahyang jumaat. Selesai makan kami naik ke bilik masing-masing. Aku mengambil tempatku dan ingin berehat. Tak larat rasanya nak terus bersiap untuk keluar nanti. Berlainan pulak dengan Kak Fida. Aku dan Kak Long berlatarkan tilam, tapi dia bersiap-siap tak sabar nak keluar. Siap pakai mekap lagi.

” Awal u bersiap. Relax la. Rehat dulu.” Kataku mengusik Kak Fida memakai mekap.
” I nak pakai siap-siap baru I nak tidur. Takut tak sempat lak nak siap kejap lagi. U pun tahu i mekap brape jam baru siap. Hehehe.” cakap Kak Fida sambil gelak. Lucu pula aku mendengarnya.
” I pun nak siap-siap jugak la. Jeles I tengok u pakai mekap.” kataku sambil gelak.
” Ala korang ni, awal nye.” Kak Long mencelah.
” Relax la Kak Long. Mimi pun nak siap jugak. Mimi pun lama juga nak siap.” jawabku menghilangkan kerungsingan Kak Long.
” Along pun nak siap jugak lah.” Kak Long menyertai kami.

Che Nor tidak menyertai kami. Mungkin dia mahukan lebih privacy. Barang-barangnya ditinggalkan dalam bilik tetapi dia entah kemana. Secara jujurnya, aku tak mengenali dia sebagaimana aku mengenali Kak Fida. Aku mengenali Che Nor melalui Kak Fida yang selaku Yang Di Pertua Tun Kudu, iaitu blok kami di UiTM Melaka. Manakala Che Nor selaku JPK. Aku pula memang tidak memegang apa-apa dalam blok. Seingat aku, aku mengenali Che Nor apabila dia selalu masuk ke bilik. Maklumlah aku sebilik dengan YDP. Ah, tak kisah lah.

“ Dah siap?” Kak Fiza tiba-tiba ada di pintu bersama kawannya, Kak Yan dan Shakira.
“ Dah.” jawab Kak Fida ringkas.

Aku menyuruh mereka turun terlebih dahulu kerana aku perlu membawa banyak barang seperti tripod, camera dan lain-lain. Ini menyebabkan aku terpaksa membawa beg sandar belakang. Mahu atau tidak, aku terpaksa bawa kerana aku nak merakam kenangan kami semua di sana nanti. Walaupun tidak dapat berlagak gadis, tapi aku gembira dapat jadi diri aku sendiri. Selesai aku mengambil barang, aku turun tempat yang dijanjikan kami.

” Hai. Mane yang lain?” terjahku ke arah mereka.
” Mane ape nye. Tido lagi lah tu.” jawab Kak Fida.
“ Ala. Kul brape janji ngan driver ni, Kak Fida?” soalku.
“ Kata 2.30. Tapi tak tau la mane pak cik ni pegi.” kata Kak Fida.
” Boring la. Jom ambik gambar.” Aku mempelawa semua orang.

Tanpa berlengah aku terus memasang tripod. Bukan apa, teringin juga ada dalam gambar. Takkan aku nak ambil gambar orang je. Masing-masing bergaya berbagai gaya. Lebih-lebih lagi aku la. Seronok ambil gambar. Siap je bergambar dengan diorang, aku menbawa tripod untuk bergambar berseorang. Che Nor datang menegurku. Aku meminta tolong dia mengambil gambarku. Selesai dia mengambil gambarku, giliran aku pula mengambil gambar dia. Kami bertukar-tukar mengambil gambar. Aku menyuruh dia pose pelbagai gaya sehinggalah dia taknak. Akhirnya aku membawa tripodku sekali lagi untuk mengambil gambar di sekeliling

Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai. Tertidur semua budak perempuan. Aku je yang takde nafsu nak tidur. Budak laki lagi lah. Awal-awal dah mintak nak naik bilik tidur. Kurang asam. Kul 4 or 4 lebih baru pakcik driver datang. Letih tau tunggu. Kami rancang nak pergi Padang Besar tapi lain pula jadinya. Pakcik driver bawa ke ke Tasik Melati.

” Pak cik, kat sini ade ape?” aku menyoal.
” Kat sini terdapat 3 orang gadis membunuh diri kerana cinta.” pakcik driver cerita. Padahal tu dia reka je kot.

Kami pusing-pusing n tangkap gambar. Apa lagi yang boleh buat. Tengok orang memancing, cuci mata, dan beli makanan. Tu je. Setelah dari dah lewat, aku bertolak balik ke kampus Arau untuk mandi dan bersiap. Kami akan menuju ke tempat makan pula selepas solat magrib. Masing-masing masuk ke bilik masing-masing.

Seperti biasa, dalam bilikku hanyalah bertiga. Kami memilih baju yang hendak dipakai. Mestilah, kami nak cari baju yang sesuai. Aku hanya mengenakan baju hitam dan jaket hijau serta tudung hitam dan seluar hitam. Setelah selesai, kami turun berkumpul sambil menunggu pakcik driver seperti biasa. Apabila bas sampai, kami bertolak ke tempat makan. Malam itu, kami makan dengan banyaknya. Memang puas hati makan ikan bakar. Kami memesan ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak stim, ikan kembong bakar, kailan ikan masin, dan satay. Kami makan dengan berseleranya. Selepas makan kami pulang ke kampus untuk berehat awal. Kami diberi rehat awal untuk membuat persiapan mengemas bilik untuk check-out keesokan hari. Esoknya kami akan bertolak ke Langkawi….

Khamis, 20 November 2008

aLLHaMDuLiLLaH....


Alhamdulillah diucapkan... syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga saya join n create blog ni... apa yang diharapkan, moga2 dapat lah saya merapatkan silaturrahim bersama-sama blogger2 lain.. apa yang penting, saya ingin dapatkan lebih ramai kenalan dan connection moga senang dan mudah suatu hari nati...


AMIN...