Rabu, 31 Disember 2008

~KaD~

~Kad Dari Si Gadis~




Terima Kasih, Kak Yan...







Kad Ni dianugerahkan oleh Si Gadis, AzRy AzyAn..

Ditujukan kepada blogger2 sempena New Year 2009..

Thanks..

~PeNgHuJuNG 2008 [1]~

31 Disember 2008...
[1]
Mentang2 dah last day 2008, badan dah mula malas nak bgun awal... Bangun utk Subuh n tidur balik.. Pergh!!! mimipi mmg teruk.. Tapi endingnya bahagia.. heheheh... Bangun pun bila dah dengar bunyi bising2. Ku ingatkan apa. Rupanya Kolej ni putus bekalan air.. Hahaha... Aku relax je disebabkan kemalasan yg teramat sgt. Aku bukak pintu tgok dak2 angkut air dari pili bomba. Biarkan je.. Tup2 dgr pili bomba habis air.. BIAR BETUL?? Kang tak mandi lak aku.. Aku kata pili bomba tak mungkin habis air kcuali berlaku kebakaran besar. Aku tgok, ade je.. Kesian tgok dak2 junior angkut air ngan baldi ke bilik air, aku terus pg n tarik pili bomba masuk tandas.. Kan senang cter.. (Mudahkan?)heheh..
Dah tiba aku nak mandi, air tiba2 ada.. Macam tau2 je... Aku bercadang utk keluar cari barang2 bilik skit. (sebab tu mandi. kalau tak susah nak mandi). Dah siap, aku ke rumah RS (tempat aku sewa kete), ambik kunci n pg ambik member aku, ADZI.. Member aku, DAYAH dah ikut sekali dah.. Kami pergi 3 orang je..

[ADZI, AKU, DAYAH]
::.Sekadar hiasan. Ni bukan harini pun.::


Hala tuju pertama adalah TESCO.. Lepas TESCO, kami pegi HARI-HARI. Lepas tu, singgah Pekan Alor Gajah jap n lastly pegi Masjid Tanah.(aku n dayah je cz aku nak bank in duit). Dah settle, aku send kete, bayar n bawa balik barang.. Banyak kot barang. Tp kalau kira ngan duit habis, macam tak berbaloi lak..hehehe... Papepun, nak buat macam mane.. Dah tu diperlukan..


::Kete sewa yg aku drive::

::Plastik Barang2..::

::Nampak sikit je tapi habis hampir Rm100.::

[Student katakan]

p/s: Pening dah duit habis. PT belum masuk...

Selasa, 30 Disember 2008

~FiRSt DaY CLaSS~

~BERJUANG~


Hari ni aku start kelas dengan Pangkat Part-6.. (Bunyi macam tua tp muda lagi). Pagi-pagi aku bangun membersihkan muka n gogok gigi. Seterusnya sembahyang Subuh.. Selesai sembahyang aku terus mengambil laptop ku untuk melihat web2 yang kulayari.. Ternyata aku ditangged oleh kf. Sedaya upaya aku cuba jawab sebetul mungkin.. Gembira betul dapat habiskan tag tu. Dalam melayari tag dari kf tu, aku terima 1 panggilan dari classmate yg menyatakan ada meeting oleh koordinator kami. Kelas sepatutnya mula dari 2.30pm-7.20pm. Aku difahamkan kami perlu meeting sebelum ke kelas disebabkan perjumpaan itu diadakan pukul 11.30am. Melihat jam di screen, ternyata masih awal.. Aku terus membaca blog2 blogger lain. Asyik punya asyik, jan hampir pkul 11. Kelam kabut aku capai towel dan pergi mandi.. Dah settle sume, aku pilih baju yg ingin ku pkai. 2,3 helai baju ku try. Last2 juz pilih jeans n T-shirt biru lengan pendek tp dikenakan dgn stokin tgan. Dah pilih baju, pilih tudung pula. Aku capai tudung krim dan terus iron. Start nak pkai terlupa aku tertinggal anak tudung di kampung. Yg ada juz skaf. Panik aku coz dah lewat. Apalagi, capai selendang hitam je... Aduh, tak kena lak ngan baju aku ni... Nanti kang sume tgok aku pelik.( tak penah pakai selendang ke kelas). Bukak beg cari tudung hitam. Then, iron n pkai. Dah siap pegi klas kt studio photo. Masuk je kelas dah kena buli dek koordinator(selaku lecturer)..


"Hah, mimiey.. Ada rupanya ko.. Ingatkan dah dismiss." ADUH, PEDIHNYA!!!


Bincang punya bincang:


"Ok, saya nak benda ni jadi. Buat kertas keje n terus submit. Hari Jumaat bg saya. Saya uruskan bahagian atasan. Nanti cepat boleh pegi." Katanya.

"Hah, macam mane? Ada yg bantah? Saya nak trip kali ni ke Sabah (Gunung Kinabalu) jadi. Dah lama saya nak ke sana."sambungnya lagi. ( mmg every sem kitaorang dak photo buat trip).

"Sape yg bantah, REPEAT. Ambik next sem." Pergh!!! tak tenang aku dibuatnya.

"Ok, pasal bayaran korang spend Rm300. Ada yg bantah tak?"

"Mi, ko ok?"

"Ok, en."

"Hah, ko macam biasa. Ko bendahari. Ko jalankan tugas." katanya.

Adui, aku lagi ke?. dah lama ni pgg jawatan tuk persatuan n kelas ni. Ingatkan sem ni nak pencen dah. Ade lagi rupanya. (bermain di kepala)

"Macam mane? Boleh?"

"Boleh,en"

"K, proposal sape nak buat ni? Mamard, ko buat, boleh? Hah, ko Iqmal, ko nak buat?"

"Mi, ko je lah buat ek?"

"Iiissssshhhhhh.... Jgn, en.. "

"Dah, mcam mane pun, saya nak benda ni siap. Nati call Air Asia sume tu ek, mamard."


Masing2 senyap je.. Adui.. Tak kisah lah.. Janji ok.

Dah habis sume tu, kami bersurai. Aku, Adzi, Dayah n beberapa dak lain ke Dining nak makan. Dah lapar kot. Lepas makan, balik bilik sembahyang n terus gi kelas 2.30pm.


Cter kat kelas ni lak, kitorang dapat lecturer baru sem lepas. First time dia ajar bacth kitorang. Terketar2 gak dia. En ni lak ade gaya dia sendiri.

"Sem ni kita buat buku tau.. 20 pages. So, dapat duit simpan bank lain rm200. Boleh?"

"Boleh." jawapan sume student.


Belum dapat PT dah tau kena simpan berapa. Hehehe...

~aWaRD~

::THE FIRST AWARD I GOT::


Terkejut aku dapat award..

~Nie Award Dari MEO~

~TaG PeRTaMaKu~

Tag ni dari kf.

(kenapa panjang bebeno ni,kf?)



1. Butirkan 8 perkara mengenai kamu?


  • Mendapat nama 'PUTERI' masa kecil sbb nangis. (bomoh bg).

  • Masih muda.

  • Perempuan.

  • Masih belajar.

  • Senang didekati. (sbb suka borak2)

  • Suka berniaga.

  • Suka berangan.

  • Perasan comel.. huhuhu...

2. Namakan 8 tempat pernah kamu diami?


  • Dalam rumah teres.

  • Dalam rumah kampung.

  • Dalam flat.

  • Dalam kondo.

  • Dalam challet.

  • Dalam appartment.

  • Dalam hotel/ hostel.

  • Dalam khemah.. (time camping)huhuh..

3. Siapakah 8 orang yg ingin anda ditemui ?


  • Sume family. (dekat atau jauh, bau2 bacang @bau2 kuini)huhhuu

  • Suami yg soleh.. (mudah-mudahan)

  • Seorang sahabat dikala suka dan duka.

  • Kawan2 sekolah lama. (skks, smkz2, smtpc)

  • Member2 asakelate.

  • Rakan2 seperjuangan blog.. (KAMU, si pembaca.)hhuhu..

  • Jutawan atau Usahawan berkerjaya dan berjaya.

  • Bakal kawan2 baru.

4. Namakan 8 akaun bank yg pernah dibuka oleh kamu?


  • BSN

  • BANK ISLAM

  • MAYBANK

  • AFFIN BANK

  • EON BANK

  • ASB

  • PUBLIC BANK (bakal)

  • CIMB (jika perlu)

5. 8 kelab bolasepak terkemuka dunia pilihan kamu?


  • NTAH LA.. (sebenarnya tak tau pun coz tak tgok bola.)HEHEHE..

6. 8 perkara yg tidak bisa kamu lakukan?


  • Marah orang.

  • Benci orang lama2.

  • Tak bercakap 1 hari.

  • Beli kereta. (buat masa ni)

  • Beli rumah sendiri. (buat masa ni)

  • Sentuh jari tangan ke ibu jari kaki.. (tak sampai).

  • Kembali ke masa lampau utk ubah nasib.

  • Lakukan kerja yg dipaksa.

7. Sebutkan 8 perkara akan dilakukan pada si hawa/adam ?


  • *Salam

  • *Pegang tangan

  • *Cium

  • *Peluk

  • Ajak jalan2.

  • Bagi kepecayaan.

  • Mintak tunjuk ajar.

  • Cuba bawa ke JALAN YG LURUS.

-->yg bertanda * tu bila dah sah tau.. Jgn pk bukan2..


8. Apakah 8 perkara yg dilakukan semasa anda masih kanak-kanak?


  • Mandi Parit. (tali air)

  • Main tembak2.

  • Pakai baju sama ngan Kakak.

  • Selalu ikut arwah atuk minum air kat kedai.

  • Merayau ngan Pak Cik (kembar).

  • Tak basuh kasut sek. ( kena sepak dek abah). hehehe..

  • Tangkap anak ikan dalam tali air, cucuk kt lidi, bakar.. (keje jahat ngan pakcik kt kg time nenek takde)

  • Putuskan badan n kepala pacat. (sekarang tgok pacat dah takut)

9. 8 perkara dilakukan semasa study di IPT


  • Mestilah study..

  • Usha lecturer n kerani2. (saje je... nakal2)

  • Kuar shopping n makan2 ngan member.

  • Selalu pegi trip class, kolej n lain2.

  • Pegang duit banyak.. (dilantik jd Bendahari Persatuan Department Photography)

  • Berniaga Top-up n Printing Service. (cari duit tambahan)

  • Ambik lesen kete.

  • Datang n balik kg naik train.

10. 8 perkara dilakukan semasa menganggur :-)


  • Tolong ma. (Ma kesayanganku)

  • Tolong abah. (abah kesayanganku)

  • Usha Kakak. (kasi nangis)

  • Bertekak ngan adik n kakak. ( buat bising kt rumah)

  • Kuar ngan member2.

  • Penah jadi Promoter utk pemaju. (dapat gak komisen)..hahaha..

  • Jadi Photographer 4 wedding.

  • Edit gambar client.

11. 8 perkara semasa di kota singapura


  • NTAH. TAK PENAH PEGI SINGAPORE PUN. (nanti pg baru jawab).

12. 8 perkara kerje depan pc.


  • Buat assigment.

  • Edit gambar.

  • Cari references.

  • Chatting. (klu rajin)

  • Surf Internet. (Time ngada2 n rajin)

  • Reply comment n approve peminat. ( friendster, myspace, asakelate)

  • Post Rutin harian kat blog sambil baca blog orang.

  • Tengok gambar2/ ambik gambar. (perasan)

13. makanan kegemaran?

---> Apa saja asal ma buat.. Masak simple(main campak2) pun sedap jugak.. PELIK..

Setakat ni:


  • Nasi Air/ Bubur Nasi.

  • Ayam@ Ikan Pedas/ Ayam@ Ikan Masak Merah.

  • Kari Kepala Ikan.

  • Daging Kicap.

  • Gulai Tempoyak Ikan Patin.

  • Nasi Ulam + Budu + Sambal Durian.

  • Ayam Paprik.

  • Ayam Masak Halia.

14. minuman pilihan?


  • ---> Ape2 je asal ade mood nak minum.

15. siapa cintamu sekarang ini?


  • Hmmm.... (Soalan Cepu Mas) Tunggu jodoh je... Kalau jadi semua diajak..

16. teman paling rapat ?


  • Mr. Danial. (kawan sek rendah dulu)

17. Sebutkan 8 orang member rapat kamu di IPT?


  • Miss Khairul Afidah- (Kak Fida)

  • Miss Nur Hafiza- (Ja).. (tgh crisis time ni)

  • Miss Adzie Farhana- (Azi)

  • Miss Nur Syazwani- ( Wani Wok)

  • Mr. Azhan- (En. Azhan, Kerani department Photograpy)

  • Miss Syamimi Asmuji- (Dik Amiey)

  • Miss Saidatul Nadia- (Nadia/Pearl)

  • Mr. Firdaus- (Daus/Keding)

18. 8 orang guru yg paling kamu suke?


  • Cikgu Suhaimi- Guru BM Skks

  • Cikgu Zainuddin- Guru Lukisan Kejuruteraan Smtpc,selaku ayah angkat

  • Cikgu Fadhilah- Guru BM Smtpc

  • Teacher Edora- Guru BI Smtpc

  • En. Kumi- Lecturer Graphic

  • En. Hafiz- Lecturer Photo (Journalism & Film Video Study)

  • En. Nadzri- Lecturer Photo.

  • En. Azhan- Kerani Studio Photo selaku guru aku.

19. Butirkan 8 perkara hobi dan minat kamu?


  • Edit Gambar.-Minat

  • Snap Image.-Minat

  • Surf Internet.-Minat

  • Explore something new.-Minat

  • Tangkap gambar sendiri- Hobi

  • Jalan-jalan cari makan.- Hobi

  • Bertekak n Bergurau ngan Family. -Hobi

  • Cari Duit kalau dapat- Hobi.

20. Apakah 8 perkara yg ingin dilakukan ?


  • Buat Azam n Matlamat baru.

  • Study biar pointer naik.

  • Habiskan Diploma sebaik mungkin.

  • Nak beli kereta n rumah sendiri secepat mungkin.

  • Nak tolong family semampu mungkin.

  • Nak settle sume hutang yang tertunggak.

  • Nak settle kes ngan family member yg salah faham.

  • Nak berhijrah.

21. Siapa yg mahu dijadikan tagged seterusnya?

p/s: Sesape mahu mencuba bolehlah menjawab. selesai jawab tinggalkan jejak bukti anda menjawab dah tidak berhutang lagi... sekian..

~SaBaR~
















"ORANG YG PATUT MASUK BILIK AKU TAK MASUK PULAK N DIA BALIK BILIK LAMA DIA. HERAN BETUL AKU... SO, SABAR LAH DULU... KENA TUNGGU ESOK LAK... "


::class dah mula esok::
::go go caiyok!!::
::belajar betul2, lupakan bilik buat sementara waktu.. =))::

Isnin, 29 Disember 2008

~aDuH!!!~ TeNSioN!!

Alahai.. Macam mane ni.... Pagi2 aku dah bangun... Risau betul la kalau tak dapat tukar bilik asal... Orang yg masuk bilik aku lak tak sampai2 lagi... Sorang je sampai.. Tunggu sorang lagi..
TOLONG DOAKAN AKU...
AMIN
.:: tunggu keputusannya macam mane::.

Ahad, 28 Disember 2008

AKU TAKNAK!!!

AKU TAK NAK PINDAH BILIK...
AKU NAK BILIK LAMA AKU...

Sabtu, 27 Disember 2008

aKu KeMBaLi....




AKU KEMBALI
MENERUSKAN
PENGAJIANKU....
TERUSKAN BELAJAR, TINGKATKAN USAHA.

"Tak nak ambik E4 lagi. Jauh nak turunkan barang. Lenguh2 tgan aku"

BeRCiNTa?? aDa aPa DgN CiNtA??


Zaman remaja adalah zaman untuk mencari dan mengenal diri. Setelah akal semakin mampu untuk berfikir jauh. Sekurang-kurangnya sudah mengenal mana baik dan buruk, halal dan haram, najis dan yang suci, syurga dan neraka.

Umur sebegini, orang muda cenderung untuk hidup di dalam perkumpulan. Gemar juga untuk mencari penyelesaian di luar rumah dibandingkan dengan berbincang dengan ibu dan ayah. Dan ketika inilah jiwa sudah menyubur untuk mengenal apa itu cinta (berlainan jenis).

Mengapa bercinta?

Terkadang bercinta dengan sebab ikut-ikutan (kerana melihat kawan sedang 'bahagia'). Terkadang ia bercinta supaya 'pointer' selalu meningkat naik. Dan katanya agar ada teman yang dapat memberi nasihat. Alamat.. jika salah bercinta, bubur tidak akan kembali menjadi nasi..


1. Sudahkah anda bersedia untuk bercinta?

Adakah sudah bersedia menghadapi risiko di dalam percintaan? Adat orang mengatakan cinta itu bersatu, dan ada kalanya ia membutakan mata. Manakala yang tidak nampak jalannya habis hancur masa depan hidupnya.

Cinta tidak semestinya bersatu, ada kalanya ia terputus di tengah jalan. Dan ada kalanya ia berjaya sehingga ke jinjang pelamin. Risiko putus cinta selalu membuatkan manusia seolah-olah putus asa. Hilang hala tuju hidupnya. Entah berapa ramai yang sudah menamatkan nyawanya sendiri bila cinta nafsu lebih diharapkan dari cinta kepada Illahi.


2. Apa matlamat Anda bercinta?

* Mungkin untuk merosakkan anak gadis atau hati orang lain?

* Ikut-ikutan atau suka-suka sahaja?

* Untuk mencari pengganti pasangan yang telah pergi? (tetapi sekiranya ia ingin kembali semula suatu hari nanti, anda dengan rela diri meninggalkan pasangan baru anda yang telah diberikan harapan?

* Sekadar cinta monyet yang tiada matlamat di masa hadapan?

* Untuk mendirikan rumah tangga yang membawa kasih sayang dan rahmat dari ALLah?

Orang yang mulanya bercinta - hatinya akan berbunga-bunga. Tidak ia sedar apa yang berlaku di sekelilingnya kerana disibukkan dengan apa yang dicintainya. Segalanya nampak cantik, molek, comel dan sempurna belaka. 'Pijak semut tidak mati'. Segalanya berjalan dengan penuh optimis dan positif. Lalu mungkin 'menipu diri sendiri' sudah menjadi pegangan agar hubungan berlangsung dengan menarik dan dapat dikekalkan.

Apabila perhubungan cinta anda mulai 'berkelap kelip' - mulalah anda akan berfikir semula akan buruk dan baiknya pasangan anda. Mungkin ketika ini anda akan berusaha mencari solusi. Sekiranya berjaya perhubungan anda akan berjalan seperti biasa. Dan sekiranya dalam bahaya, ia akan membawa kepada 'putus cinta'. Perkataan inilah yang menjadi penghancur jiwa, rasa kecewa, terhina, rendah diri, sakit hati, dendam, putus asa. Maka istilah-istilah cinta yang dahulunya berkisarkan fantasi, anda akan sedar ia bukanlah realiti.


Menjadi hipokrit satu perkara, iaitu masalah yang akan dibawa apabila hidup di dalam sebuah rumah di atas pernikahan yang sah. Segala-galanya yang 'cantik', 'molek' akan ditunjukkan juga sebagai satu hakikat yang perlu anda terima. Samada anda terima dengan terpaksa atau redha selamanya.


3. Mengapa Anda Bercinta?

* Kerana ALLah?

* Kerana cantik rupanya? Mancung hidung, kumisnya tebal? Badannya serupa model? - yang pasti semuanya ini tidak kekal lama. Berapa ramai wanita yang menghidapi sakit barah kulit kerana taksubnya kepada yang dinamakan 'KECANTIKAN' ? Berapa ramai pula yang sanggup berhutang, mengorbankan identiti seorang Muslimah dan Muslim kerana tertarik dengan namanya KEMODENAN?

* Kerana duitnya? Harta yang bertimbun?

* Kerana empunya diri itu sendiri?

* Kerana Agamanya? Ia akan di bawa di dunia dan akhirat. Tetapi ramai juga yang terjerumus di lembah hina. Kerana yang dibawa rupanya selama ini adalah nafsu tetapi disolek dengan nama Agama.


Anda akan dapat apa yang anda niatkan. Ingat perjalanan cinta sesama manusia amat jauh, dan mungkin juga dekat, ataupun ia satu perjalanan yang tidak pasti.



4. Apa Modal Untuk Bercinta?

* Adakah dengan modal air liur? Atau jari jemari menulis sms?


Sedarkah anda? apabila bercinta dan anda meletakkan sesuatu di dalam hati seseorang. Ini telah memberikan ia pengharapan baru dalam hidupnya. Dan ia akan berusaha untuk mencapainya. Jika cinta anda sekadar cinta monyet, cinta untuk merosakkan anak orang, ikut-ikutan dan hanya menjadikan orang lain sebagai batu galas - CINTA NAFSU. Eloklah lupakan sahaja. Anda hanya akan menjadikan diri anda sendiri bahan fitnah yang akan orang ingat sampai bila-bila.


Sedarkah anda? Mahligai perkahwinan itu memerlukan pengorbanan bukan sahaja dari segi jari jemari dan air liur. Tetapi lebih dari itu adalah modal ilmu untuk mendirikan sebuah keluarga yang beragama, cintakan ALLah dan rasul-Nya. Modal harta iaitu pekerjaan dari sumber rezeki yang halal untuk anda berikan kepada isteri, dan anak-anak. Modal hati dan perasaan untuk dikongsi, difahami, kesabaran dan sebagainya.

5. Berapa Lama Anda Ingin Bercinta?

* Seminggu?


* Sebulan?

* Tiga, empat tahun?

* Sehingga habis belajar?

* Cinta hingga ke akhirat?

Apabila anda bercinta, setiap pasangan pastinya ingin mengetahui sampai bilakah mereka akan bercinta? Dan apabila perhubungan itu diketahui oleh sang ibu dan ayah, tentunya mereka akan bertanya bila pula tarikh merisik, pertunangan dan perkahwinan pula akan dijalankan? Dan tentunya kaum kerabat pula akan tertanya-tanya, dengan siapa anda berkawan. Mungkin ada yang sudah diusung ke hulu dan hilir - orang kampung pun sudah mulai berbisikan. Walaupun anda sangkakan di bandar orang bersikap tidak ambil peduli. Tetapi malaikat di kiri dan kanan tetap juga menulis catatan..



6. Kos Cinta

* Duit yang anda habiskan semata-mata untuk sidia - telefon (sms, mms, chat etc), bil elektrik, bil internet,

* Masa yang anda korbankan untuk sidia

* Hati dan perasaan

Jika berbaloi dengan bercinta - anda dapat merasai hidup bahagia serta mendapat keredhaan ALlah kerana matlamat anda jelas, anda sedia redha dengan kemungkinan yang berlaku serta tidak menyalahkan taqdir, perjalanan cinta tidak melanggar batas syarak. Maka silalah untuk bercinta.

Fikirkan.. Dalam masa bercinta, bagaimana hubungan kita dengan ALlah dan manusia serta makhluk yang lain? Semakin baik ataupun semakin jauh dan terus menjurang. Adakah ia menjadikan kita hamba ALlah yang bertaqwa ataupun hamba ALlah yang derhaka?



** Diambil dari Bulletin seorang member di fs**

..:FIKIRKANLAH. DI MANA ANDA!!!:..

Jumaat, 26 Disember 2008

ReuNioN aT NeW HoRiZoN..

25 DISEMBER 2008
(REUNION MEMBER2 SMTPC)



"ANTARA JUADAH YG DISEDIAKAN"

"ANTARA YG DATANG AWAL"
~aKu, aMa, aiZa, MuST~


"DAK2 POMPUAN YG HADIR"
~WaDa, eiLLa, (kosong tu tmpat aku), eCaH, aiZa, aMa, MuST, FieZa, LiZa~





"ANTARA DAK2 LAKI YG PERGI"

"SEMPAT LAGI BERGAMBAR"


"SUKANYE MINAH NI AMBIK GAMBAR ORG. TAK MENANG TGN DAH TU"


"DAH MAKAN, TINGGAL JEA LA"

"NI SALAH SEORANG MEMBER SEK. SAMA. KEBETULAN KEJE KAT SITU"

P/S: BAGI YG GAMBARNYA TAKDE, MINTA MAAF EK. MAYBE KORANG BALIK AWAL.. AKU GEMBIRA JUMPA KORANG. MOGA JUMPA LAGI DI MASA DEPAN DAN HARAP HUBUNGAN KITA SEMUA BERKEKALAN...


Selasa, 23 Disember 2008

PeRiBaDi...

Tadi saya pg tket keretapi utk ke Tampin. Biasanya terus ke stesen keteapi tapi bila dapat tau ade yg dekat ngan rumah cuba la pg.. Turun kete trus pg kaunter. takde orang pun. Peniaga pun senyap je.



"Tiket ke Tampin 26hb ada?" tanya saya.



"Dah habis!!." jawab pak cik muka ala2 mat salleh tu tanpa tgok saya.



"Takpe lah." jawab saya. Saya tak puas ati n terus ajak teman saya ke stesen.



Bila pegi stesen besar, ade lah plak.

.:: MORAL: Ini menunjukkan PERIBADI yg tak elok..:...

Ahad, 21 Disember 2008

MuSYKiL!!!...

Pelik betul aku rasa. Tiap kali aku taip n upload gambar, mesti tak boleh post.. Ape dah jadi ek? Laptop aku prob or broadband aku prob. Aku rasa better pi anta kedai dulu utk format. Then, aku akan update blog aku yang tertangguh.. Dah byk yg aku taip ad dlm draf coz takleh nak publish.. Jadi aku kena format cepat2. (Ade cara format tapi takde bahan nak format sendiri. Takde sifu nak ajar). Lagipun, U dah nak bukak n 1 minggu lagi aku dah nak start kuliah.. GO GO CAIYOK!!!

[Result dah OK. Tapi tak DL. Skit je agy. Tapi takpe. Nanti try lagi.]

Sabtu, 20 Disember 2008

KuCiNg-KuCiNgKu...


"WAJAH MEK TOK"










Sebelum ni aku ade taip pasal kucing aku, Mek Tok. Nama tu abah aku yg bagi... Kucingnya bijak. Kisahnya, dulu kucing tu bukan family aku punya. Ntah dari mana pun tak tau.. Mek Tok ni dulu bermain2 area pintu ofis abah aku. Abah aku kesian tgok dia, abah bagi mkn. Hari makin hari Mek Tok sikit2 masuk dalam rumah n lastly jadi kitaorang punye. Kitaorang bela sampailah dia beranak 3 ekor. Tapi sayangnya tinggal 1. 2 lagi mati. sekor kena makan dek bapak kucing. Sekor lagi jatuh. Yang 1 tu sebab dia bertompok, abah aku bagi nama Tompok.



"WAJAH TOMPOK"


Lepas Tompok, Mek Tok bunting lagi selepas dia hilang dicuri orang. Akibat tu dia jadi renggang ng Tompok. Kesian Tompok... Malangnya, Mek Tok gugur. Aku tanam anak dia. Sekarang Mek Tok beranak lagi 3 ekor. Kami jaga sebaik2nya walaupun rumah naik air. Sekarang dah comel dah anak dia.





"ANAK-ANAK 'MEK TOK' YG TERBARU"



TeSTiNg!!!

Sakit Hati betul la.. Dah lama tak update blog. Kenapa jadi macam ni pun tak tau.. Setiap kali dah mengarang, nak post tak boleh... Dah lah nak bukak web asakelate pun tak dapat.. Takpe2.. ni just aku nak test..

Jumaat, 12 Disember 2008

PeRLiS 'n' LaNgKaWi...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. dalam hati macam2 aku nak tulis.. tapi ntah lah... nak kata masa tak mengizinkan.. tak jugak.. nak kata malas, tak jugak.. tapi ntah lah.. tiap kali nak bukak blog jadi ada je perasaan yang menghalang.. tapi setelah tgok Kak Yan (kawan Kak Fiza time trip) tu ade tulis peristiwa kat Langkawi, terdetik lah hati nak sambung cter aku yang tak habis haritu... K lah.. ni lak kisah Versi Langkawi... aku akan luahkan seingat mungkin (maklum lah dah lama pergi).. huhuhu..



VERSI LANGKAWI...




Kami bertolak ke Jeti Perlis awal pagi.. ingatkan awal la sangat kan... tapi lewat jugak.. tak kisah pun.. Sampai di Jeti, kami bergegas turunkan barang2 dari bas.. Kami sampai agak lewat ke Jeti menyebabkan kami tak de masa nak sarapan pagi.. Setelah barang diangkat, kami menunggu feri di tempat yang disediakan... Sambil2 tu, kami bergambar untuk dijadikan kenangan nanti. Kami kemudian disuruh beratur disebabkan feri yang hendak dinaiki telah sampai.. Kami beratur masuk ke feri. masing bergegas membawa barang2 sendiri. Fuh, memang amai orang.. Di dalam feri, aku mengambil tempat di hadapat isteri En. Nasa, iaitu di tepi tingkap. Shimi (budak part 3 DPA) kemudian mengambil tempat disebelahku. Kemudian Daus pula mengambil tempat disebelah Shimi.. Maklumlah, tempat di dalam feri mmg di booking.

" Wei, jom naik atas." kata Daus.

" Jom. Mi, jom ar." ajak Shimi.

"Takpe ar. Korang naik ar dulu. Nanti aku join." jawabku sebab aku nak ambik camera jap.

Aku kemudian ke pintu belakang untuk naik ke tingkat atas. Permandangan dari atas cantik sebab bebas nak tegok apa2 je tambah lagi angin pun kuat.. Pergh!!! memang best. Di tingkat atas aku hanya nampak Susu je. Tu pun Daus tgah ambik gambar dia. Then, aku, Daus, Shimi pergi ke bahagian tepi feri. Kami bergambar di situ sementara anak-anak En. Nasa datang join kami.. Di atas ni aku je pompuan yang ade.. aku tak tau ar mane habis pompuan2 lain.. Tapi takpe lah.. maybe dia tak tau kitaorang kat atas.. Kami bergambar sepuas2-puasnya..


"Mi, ambik gambar akak ng Kak Yan boleh?" tanya Kak Fiza..


"Boleh jea." jawabku.


Aku ambik gambar Kak Fiza n Kak Yan. Selepas tu, aku bergambar lagi. Nampaknya makin ramai dak2 ni naik. Zaki ade, Kak Fida ade, Adik ade, Che Nor ade, lain2 pun ade jugak.. Kami kemudian bergambar bersama2. Sape lagi yang capture gambar kalau bukan Daus yang keding tu.. heheh.. (dah biasa panggil dia keding... hahha.. Sorry, Daus.)Yang tak boleh belah, Shimi ambik gambar ngan Negero. Busuk kot bau dia.. (Ops!!! tapi ikhlas kot).
Kami turun ke tempat masing2 sambil menunggu tiba di Jeti kat Langkawi.. Sambil tunggu, sambil nonton citer Seniman P. Ramlee yang bertajuk Masam Manis. ( kalau tak silap lah coz yang pasal dia ng jiran sebelah tu. huhu..) Tunggu punyer tunggu, akhirnya kami tiba di Jeti Langkawi..


Di Jeti, Shimi meminta aku bawakan beg dia. Tapi, ape lak kan. bawak ah sendiri.. Tup tup aku bagi cadangan suruh dia letak beg dia tu atas beg aku n tarik beg aku sekali. heheh.. Apalagi, Shimi malas nak pgang beg dia, dia letak je atas beg aku n tarik. tak letih n berat sangat yang dia rasa. Si Keding lak perli aku ng Shimi. Macam lah aku ngan Shimi ade affair. Sorry, k. Aku ke Langkawi for Fun je. Bukan cari balak kan kan.. hehehe... takde lah.. buat ape nak cari orang jauh kan. Cari dekat2 sudah.. hahaha.. tak kisah lah.. Kami mmg suka gurau2 pun. Kami kemudian menunggu ketibaan van seperti yang dirancangkan. Apabila van sampai, En. Nasa n Zaki dulu yang bawa. Lagipun yang sampai hanya 2 buah. Sampai je van kami, Che Nor yang jadi Driver. Bukan ape, yang lain takde lesen. Nak suruh aku? Taknak kot. Bukan tak confident tapi aku juz suka jadi secondhand.. hahaha.. tu aku.. Kalau tak terpaksa, aku taknak bawak. Lagipun ramai kot anak-anak orang. Tak rela den. bagi Che Nor, ok coz dia pun mmg mahir bawak kete. bagus ah Che Nor. Kami kemudian dibawa ke appartment yang disewa. Rupanya appartment yang sama seperti yang aku n dak2 clasz datang hari tu. Yang berbeza hanya bilik. Hari tu bilik 3, tapi ni bilik 4. Masuk je bilik, aku terus terkam ke bilik yang ade toilet. bukan ape, aku nak try tdur dalam tu plak coz dah 2 kali aku mengalah ngan member. Last2 aku kena tido kat lantai.. tapi tak kisah coz dalam bilik tu ade banyak katil. Lagi 1 coz ada cadangan budak laki 1 appartment ngan budak pompuan. That's y aku terus nak ambik bilik tu. Saje nak perli dak2 laki. Tak kisah pu. Akhirnya, Pn. Faizura (Resident's Staff Tun Kudu) n her husband yang masuk n dak2 laki kena masuk appartment En. Nasa. Huhuh... Padan Muka!!!. Tapi aku agak pelik apabila Che Nor kata 'orang dah kawin lain dari yang belum kawin. Dia lebih pakar.' Aku kurang faham sebenarnya, tapi mungkin Che Nor fikirkan keselamatan kami. Ok lah tu. Kak Fida, Che Nor n Kak Fiza ke rumah En. Nasa membincangkan sesuatu. Ntah lah ape. Aku hanya nonton TV. Malas nak ambik tau. Aku ok je asal majoriti.
Diorang kemudian masuk dengan muka mencuka. Aku tak tau nape. TApi berdasarkan yang aku faham, Che Nor cuba mintak tukar orang dalam appartment kami. Ntah la.. Biar je. Aku terpaksa berundur dari bilik tadi kerana bilik tu terpaksa di beri kepada Pn. Faizura n suaminya. Aku kemudian msuk ke bilik di hadapan bilik tu. Aku menumpang barang2 di bilik tu sementara tak tau mane tempat aku sebenarnya. Kami kemudian bersiap untuk makan disebabkan semua dah lapar. Kami makan tak jauh dari Pekan Kuah, iaitu bersebelahan dengan stesen minyak Shell.


Selesai makan, kami balik ke bilik untuk salin baju n bersiap. Budak2 laki lak pg smayang jumaat.. Kami lepak je dalam bilik sambil tgok cter. Bila dak laki dah balik, kami bertolak ke cable car. Kononya nak naik Cable Car. Malangnya angin kuat menghalang kami utk naik ke atas. Kami berjalan2 sekitar kawasan tu. Tak lupa juga masuk ke kawasan ade binatang2 tu.. ( lupa lak ape namanya. hehhe). Sambil2 tu kami bergambar ngan rusa, dan arnab. selepas tu kami menuju ke kandang gajah. Nak masuk bayar Rm5. Apalagi, taknak aku masuk.. No money, no talk.. hahah.. Orang yang masuk juz, kak fiza, kak fida, kak long, kak yan, che nor, n adik kak fida.. tu pun kalu tak silap aku la.. dak2 ni juz tgok dari luar..




ADER GAYA JD MODEL TAK???





"Eee, boleh pegang.."



Selesai pusing2, kami bergerak ke telaga tujuh. Pergh!! penat kot mendaki ke sana.. tapi kami tak ke telaga tujuh pun.. Juz air terjun je kat situ.. nak naik telaga tujuh?? kurus aku nanti.. hahaa... Di air terjun tu, kami bergambar beramai2.. tak lupa jugak aku ambik gambar mat salleh kat situ.heheheh.. Setelah puas berasa di air terjun tu, kami berlumba turun ke kereta..









Di kereta, kami berbincang ke mana arah yang hendak di tuju lagi.. Sambil2 tu, Zaki, Susu n lain2 memeriksa van kami kerana ader terbau bau hangit... Apabila dah ok, kami menuju ke Pantai Cenang, utk menyaksikan matahari terbenam.. Tak lupa juga dengan niat aku utk naik banana boat seperti yang aku rancang bersama2 budak2 perempuan sebelum bertolak. Masing2 telah bawak baju salinan. Dalam perjalanan ke Pantai Cenang, kami (van Perempuan) jadi leader. Kami sebenarnya tersalah jalan iaitu jalan jauh ke pantai Cenang.. tapi kami buat2 confident je. (takut malu nak u-turn.. heheha). Yang penting, kami jumpa jalannya.. Kami juga ade ternampak tempat Go-Kart. Zaki memberi cadangan utk berlumba kereta kat tempat tu. Bila berbincang balik, kami putuskan utk datang esok hari jika berkesempatan.. kemudian kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang...


Di Pantai Cenang, aku rasa bosan je.. Tak seperti yang aku datang sebelum ni dengan classmate aku n lecturer (en. hafiz). Dah teringat dengan plan, aku tanya member2 pasal banana boat. Masing2 buat dek je.. Ade yang tanya berapa harga sekali naik.. Bila aku ajak kak Yan, dia macam beria jugak.. So, aku ajak dia survey harga. Kami jalan ke hujung dimana ade tempat terdapat banana boat.. kami deapat harga Rm 70 iaitu utk 7 orang.. kiranya Rm10 sorang je. Itu pun dari Rm90. Oklah tu... Aku n Kak Yan pun balik ke tempat dimana diorang berkumpul. Aku tanya sape yang nak join banana boat. Dak2 pompuan buat dek je.


"tadi kata semua nak naik. Kenapa bila dah sampai sume macam taknak.. kataku.


Kak Fiza bagi alasan dia mmg tak comform even dia bawa baju. Kak Fida pula dalam 2. Kak Long macam takde perasaan. Biasalah ustazah.. hahah... Shark tak boleh sebab dot dot dot, Che Nor entah kemana masa tu. Kak Yan je yang ok. Bincang sana sini akhirnya aku rasa tak sedap je.

"Mimi naik la. Jangan sebab akak tak jadi pulak". Kata Kak Fiza.
"Takpe ah Kak. Takde orang bagi support macam mane nak naik. Sume nak 7 orang. Sape lagi." Kataku..
Bincang punya bincang akhirnya naik lah.. Aku, Kak Yan, Keding, Susu, Syimi, Syafiq n Zaki. Best Giler. Macam2 kenangan masa dalam air. Kelakar bila diingatkan balik. Masing2 kelakar. Bila dah siap, kami naik ke darat n minum air kelapa. Percuma kot. Kak Fida n Che Nor lak gi naik payung terjun. Hish... Mesti best. Selesai sume, kami balik ke appartment..






Di appartment, aku menunggu turn utk mandi. Dalam pada tu aku terpk2 kenapa salah seorang dari kami buat muka ngan aku. tapi takpe lah. aku juz sedapkan ati yang takde pape. Malamnya, kami kuar utuk makan, n shopping di Pekan Kuah.. Aku ingat aku taknak ikut disebabkan tak sedap ati. Tapi aku ikut juga. Dalam van, aku terasa macam ade yang menyindirku.. Aku biarkan aje.. Ketidak puasan hati aku aku luahkan pada Kak Long.. Keadaan berlarutan hinggalah kami dalam perjalanan balik ke Melaka. Kami singgah di Padang Besar utk shopping..



Lastly, rupanya ada orang takpuas hati ngan aku sebab aku baik ngan dak laki. Ntah lah. Mungkin salah seorang dari budak laki tu dia minat kot.. Aku tak perasan tapi aku tau bila Kak Long yang perasan.. Hishhhh... Macam2 orang ni... Ape yang penting, aku takde niat nak cari couple atau nak usik sape2. Aku pergi juz nak berhibur n tenangkan hati je. Hatiku tenang bila Kak Long cerita padaku.. Aku ape lagi, bagi lah peluang pasangan tu berdua.. Lepas bagi peluang rupanya dah ok... hahahaha.... Lucu giler... Akhirnya kami selamat sampai di Kolej dan aku selamat pulang ke rumah di Kelantan...


P/s: kalau ader kawan2 yang ader watak dalam ni terasa, aku mintak maaf... tapi ini kenyataan.. Apepun, sayang kamu semua... Harap jumpa lagi....

..:SEMOGA JUMPA KALIAN LAIN WAKTU:..


Selasa, 2 Disember 2008

Sabtu, 29 November 2008

CaHaYa DuNia....

Bismillah....

Jam sudah lewat. Hujan belum brenti.. aku pae lagi... tido ah... sejuk, sejuk mmg sedap tido... bangun subuh tadi pun lewat skit.. heheheh... ops... tapi ape yang penting, kucing aku, "mek 'tok" dah beranak... yea, yea, yea... anak2nya 3 ekor... tak tau la kalau2 ade lagi yg blum kuar... hehehe... comel sangat... akhirnya melihat cahaya dunia juga anak "mek 'tok" ni... aku pun terkejut jugak... bukan ape. time aku ambik wuduk subuh tapi ade je dia main2.. dah siap smayang ma aku kata dah beranak.. dalam bilik ma aku lak tu.. hahaha... apepun, aku tunggu masa nak bagi nama... dapat jugak aku anak baru... (walaupun bukan anak orang n anak sendiri).. hehehe...

Jumaat, 28 November 2008

MaLaS....

Adui, malas betul nak update blog nie. bukan ape.. tak reti... lagi satu macam2 hal plak.. cter aku pasal ' perlis n langkawi' tu belum siap lagi.. ntah nak sambung bila. menaip je ade orang kacau.. nak feel pun tak boleh... takpe2.. nanti2 je aku sambung.. cter sal langkawi lagi best... macam2 hal lah... tak sangka lak aku... yang penting aku tak ganggu hidup orang... hahahaha... yang terasa terganggu tu... SoRRy.. tak sengaja kowt.. hehhehe...

Isnin, 24 November 2008

UiTM PeRLiS 'n' LaNgKaWi...

VERSI PERLIS

Bertolak dari UiTM Melaka bersama kawan-kawan dan pegawai pengiring, aku mengambil tempat kedua dari belakang dalam bas. Biarpun agak belakang, aku selesa dari pandangan orang lain. Aku juga tak berteman walaupun kawan-kawan ramai. Aku sememangnya mengambil keputusan untuk duduk sorang. Lawatan ini diadakan bagi Jabatan Penggerak Kolej (JPK) untuk menghargai insan-insan yang telah banyak membantu menaikkan nama kolej Tun Kudu. Malangnya, aku bukan dari insan-insan yang berjasa itu.

"Mi, u nak join we all tak pegi Langkawi?" soal Fida padaku.
"I ok je. Tak kisah pun. Tp nanti I tanya my dad. Lagipun kat sana nanti I boleh shoot." jawabku.

Teringat balik ajakan Fida ke Langkawi menyebabkan aku terfikir apakah aku sepatutnya mengikuti rombongan ini ataupun tidak. Apepun yang bakal aku jawab nanti sudah tidak bermakna lagi kerana aku telah mengikutinya. Walaubagaimanapun, aku tetap berterima kasih kepada Fida kerana sudi mengajakku. Terima kasih, Kak Fida (aku panggil dia kak even sebaya coz respect her).

"Gemok!!!" panggil Daus, budak kelas ku. Itulah nama panggilan aku yang Daus bagi. Aku tak kisah sebab aku memang di kira dalam golongan yang gemuk.
”Ape?” tanyaku geram sebab dia mengganggu lamunanku.
“ Takde pape lah. Aku saje je kacau kau. Dah takde orang dah yang aku boleh kacau. Orang lain mane aku kenal. Ko je lah budak kelas yang aku boleh kacau. Kan aku kacau orang lain kang, terasa hati lak. Hahaha…” kata Daus sambil gelak.
” Ye lah tu ko.” kataku malas melayan.

Daus yang mengambil tempat di depan menyinggah di kerusi sebelahku. Mampuslah, sebab aku pun tak kisah. Bukan sebab aku suka dia atau ape. Yang aku tau dia hanya sekadar kawan kelas. Di sebabkan tak mengantuk, kami mengambil keputusan untuk berborak sementara menunggu pak cik driver berhenti untuk makan atau minum. Bermacam-macam topik kami utarakan sampailah die menceritakan kisah dia dengan kekasihnya. Kesian dia dapat saingan dari pihak lain. Setelah habis topik dan tak ada apa-apa yang nak diborakkan, aku halau Daus ke depan sebab aku nak tidur. Daus nampaknya enggan dan berkeras. Ah, sudahlah kau. Aku nak tidur. Ko nak duduk kerusi tu, duduk lah. Fikirku membiarkan dia.

”Mok, nak turun tak?” soal Daus apabila pak cik driver membelok ke ke Hentian R & R.
“Mestilah nak. Kenapa? Kau tak nak turun ek?” aku menduga.
”Aku tanya je. Kau marah tu apesal. Tanya pun tak boleh ke?” Daus hairan ngan aku.
”Yelah. Yang kau tanya macam taknak turun tu pesal? Aku nak makan. Kau taknak makan?” soalku.
”Aku taknak kot. Aku minum je kot. Tengok ah.” Daus menjawab.

Malas nak bersoal banyak, aku terus jalan ke gerai. Sambil jalan sambil aku tengok makanan yang ada. Tak ada selera la pulak, fikirku. Aku menuju ke tandas manakala Daus entah kemana. Biarlah dia. Pandailah tu bawa diri. Bukan budak kecil pun. Aku ke tandas nak cari Kak Fida dan Kak Long, kakak Kak Fida yang dia bawa. Tapi dalam tandas, lain orang pulak yang ada. Antaranya Hasmah, budak level yang tumpang bas nak balik rumah dan Shak ataupun nama sebenarnya Shakira. Kami berborak dan berjalan menuju ke tempat makan. Aku memesan nasi, sama juga mereka. Kami duduk satu meja. Nak makan, aku teringat Daus. Aku mesej dia. Dia kata makan je. Aku bukan apa, sebagai kawan aku kena cari dia sebab dia tak kenal budak lain selain aku dan Fida. Daus dan Fida adalah rakan satu sekolah semasa mereka di sekolah menengah. Itu berdasarkan apa yang aku tahu. Bila Daus dah kata macam tu, aku makan bersama Hasmah dan Shak. Lepas aku habiskan makanan, aku ke meja Daus sambil membawa air milo aku sebab aku kesian tengok dia sorang-sorang. Aku menemani Daus sambil berborak. Setelah itu, kami kembali ke bas untuk meneruskan perjalanan. Setelah kenyang makan, terasa berat pula mata.aku naik bas dan terus ke tempatku di belakang. Duduk seorang diri, aku lena diulik mimpi.

Bunyi bising di dalam bas menyebabkan aku terjaga dari lena. Ape yang budak-budak ni cakap ni. Aku tak faham ape yang diborakkan. Ah, tidur je lah. Aku menyambung mimpiku membiarkan orang lain dengan cara masing-masing.

“ Hah, kita dah sampai.” kata salah seorang dari kami. Aku tak pasti suara siapakah itu.
” Kita kat mane, weh?” aku bertanya.
” UiTM Arau lah. Kau ni. Tidur je. Eh, bangun lah.” Daus mengusikku.
” Ye lah.” aku bermalas-malasan.

Masing-masing tak tahu apa yang patut dilakukan kerana kami sepatutnya check-in hostel terus. Malangnya disebabkan terdapat silap faham, kami terpaksa menunggu sehingga pukul 8.30 pagi. Setelah selesai sembahyang subuh di masjid UiTM Arau, kami menaiki bas menuju ke tempat makan.

” Hak ni nasi lemak sardin. Ni nasi lemak teluq.” mak cik penjual di gerai tempat kami makan menerangkan jenis-jenis nasi.
” Ayyak (air) nanti order sana ek.” Mak cik negeri Utara itu mengeluarkan pelatnya.
” Okay, okay, mak cik. Nanti cek pi sana.” aku cuba menggunakan bahasa Kedah. Tapi tak tau betul ke tak.

Aku makan bertemankan Kak Long, Kak Fida dan Adik (Firdaus, adik Kak Fida).

Setelah selesai makan, kami menaiki bas menuju ke UiTM kampus Arau untuk check- in. Akhirnya, dapat juga kami masuk ke bilik untuk mandi dan bersiap untuk acara seterusnya.

” Mi, makan?” soal Kak Fida setelah kami dipelawa untuk sarapan.
” Dah siap makan baru nak suruh makan. Tak bagus lah diorang punya prosidur.” komen aku. Ape taknya, kitaorang dah siap makan dah, baru diorang sediakan makan.
” Ala, nak buat macam mane.” jawab Kak Fida
“ Makan lah sikit kot. Orang dah bagi. Hehehe.” aku mengambil nasi lemak walaupun baru sahaja makan nasi lemak di gerai mak cik Kedah tu.

Selesai makan, kami naik ke bilik untuk berehat. Di dalam bilik ada 4 buah katil. Aku dan Kak Long mengambil katil sebelah atas manakala kati bawahnya diambil oleh Kak Fida dan Che Nor. Tanpa disuruh, aku menurunkan tilamku ke lantai. Aku berasa panas dan kebetulan pada waktu itu memang tiada bekalan elektrik. Aku mengalas tilam menggunakan kain sarung yang Danial bekalkan.
Kak Fida pula menurunkan tilam Kak Long dan terus lena di atas tilam itu tanpa beralas. Kak Long hanya mundar mandir mencari baju untuk dipakai sebentar lagi. Manakala Che Nor kelihatan agak sensitive apabila dia mengalami selsema.

“ I need cadar.” kata Che Nor.
“ U minta dengan Yasir la.” jawab Kak Fida.
” I tak tahan. I memang nak cadar. I tak dapat tidur kalau takde cadar. Oh, no, no, no.” kata Che Nor lagi.
“ Alas la guna kain.” cadangku. Malangnya tiada jawapan.

Terlelap juga aku rupanya walaupun beberapa minit. Rupanya aku terlelapdi sebelah Kak Fida dan Kak Long di atas tilam di lantai.

” Dah pukul brape ni?” soalku pada Kak Fida.
” Dah lewat, mi. Pergilah u nak mandi. Dak-dak ni dah siap dah.” kata Kak Fida.

Aku terus mengambil kain dan terus ke tandas. Selesai mandi aku mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai. Semuanya terpaksa di gosok. Bosan betul bila dah lewat baju pula yang tiada yang ok. Kak Fida, Che Nor, dan Kak Long pun sama. Masing-masing tak ada baju yang boleh dipakai segera. Kebetulan elektrik level kami putus. Jadi nampaknya terpaksa menumpang di level pelajar lelaki. Pelajar lelaki hanya berada di level bersebelahan kami. Hanya wing yang menjarakkan kami.

“ Budak laki ada elektrik tak?” tanya Che Nor.
“ Try lah u sms diorang.” Kak Fida menjawab.
“ Hah, jom. Diorang ada elektrik.” Bagitau Che Nor gembira.

Kak Fida dan Che Nor menuju ke level pelajar lelaki. Setelah selesai mereka menggosok baju, aku mengajak Kak Long pergi menggosok baju pula. Tapi, rupanya baju Kak Long telah Kak Fida siapkan. Aku menggambil baju dah terus ke bilik dimana tempat mereka menggosok baju. Maklumlah kalau boleh nak masuk dewan nampak cantik sikit. Aku bersiap dan membiarkan mereka pergi dahulu ke tempat perbincangan dengan pihak UiTM Arau. Aku fikir mungkin tempat yang aku bakal pergi ini sama seperti dimana semasa pelajar Arau ke tempat kami, iaitu di dalam dewan. Malangnya, setelah aku bersiap dan turun ke tempat perbincangan, aku terkejut dan terserentap apabila bilik tersebut hanya bilik mesyuarat. Bilik itu mempunyai meja besar yang bujur yang menepatkan beberapa buah kerusi. Ia kelihatan seperti tempat perbincangan pengarah-pengarah. Begitu malu aku kerana masuk lewat. Malahan pula aku bukannya kenal rapat dengan pelajar-pelajar dari kampusku ini. Apalagi aku dapat buat kalau bukan buat dek je.

Selesai berbincang, kami dijemput untuk makan tengahari. Makanan tengahari sangat sedap. Pelbagai makanan yang dihidangkan. Sebelum menjamu selera, aku meminta kesemua pelajar n staf bersedia kerana aku ingin mengambil gamrbar mereka beramai-ramai. Selesai mengambil gambar, masing-masing menuju ke meja dan menjamu selera. Bagi pelajar lelaki, mereka tidak mempunyai banyak masa kerana mereka perlu untuk sembahyang jumaat. Selesai makan kami naik ke bilik masing-masing. Aku mengambil tempatku dan ingin berehat. Tak larat rasanya nak terus bersiap untuk keluar nanti. Berlainan pulak dengan Kak Fida. Aku dan Kak Long berlatarkan tilam, tapi dia bersiap-siap tak sabar nak keluar. Siap pakai mekap lagi.

” Awal u bersiap. Relax la. Rehat dulu.” Kataku mengusik Kak Fida memakai mekap.
” I nak pakai siap-siap baru I nak tidur. Takut tak sempat lak nak siap kejap lagi. U pun tahu i mekap brape jam baru siap. Hehehe.” cakap Kak Fida sambil gelak. Lucu pula aku mendengarnya.
” I pun nak siap-siap jugak la. Jeles I tengok u pakai mekap.” kataku sambil gelak.
” Ala korang ni, awal nye.” Kak Long mencelah.
” Relax la Kak Long. Mimi pun nak siap jugak. Mimi pun lama juga nak siap.” jawabku menghilangkan kerungsingan Kak Long.
” Along pun nak siap jugak lah.” Kak Long menyertai kami.

Che Nor tidak menyertai kami. Mungkin dia mahukan lebih privacy. Barang-barangnya ditinggalkan dalam bilik tetapi dia entah kemana. Secara jujurnya, aku tak mengenali dia sebagaimana aku mengenali Kak Fida. Aku mengenali Che Nor melalui Kak Fida yang selaku Yang Di Pertua Tun Kudu, iaitu blok kami di UiTM Melaka. Manakala Che Nor selaku JPK. Aku pula memang tidak memegang apa-apa dalam blok. Seingat aku, aku mengenali Che Nor apabila dia selalu masuk ke bilik. Maklumlah aku sebilik dengan YDP. Ah, tak kisah lah.

“ Dah siap?” Kak Fiza tiba-tiba ada di pintu bersama kawannya, Kak Yan dan Shakira.
“ Dah.” jawab Kak Fida ringkas.

Aku menyuruh mereka turun terlebih dahulu kerana aku perlu membawa banyak barang seperti tripod, camera dan lain-lain. Ini menyebabkan aku terpaksa membawa beg sandar belakang. Mahu atau tidak, aku terpaksa bawa kerana aku nak merakam kenangan kami semua di sana nanti. Walaupun tidak dapat berlagak gadis, tapi aku gembira dapat jadi diri aku sendiri. Selesai aku mengambil barang, aku turun tempat yang dijanjikan kami.

” Hai. Mane yang lain?” terjahku ke arah mereka.
” Mane ape nye. Tido lagi lah tu.” jawab Kak Fida.
“ Ala. Kul brape janji ngan driver ni, Kak Fida?” soalku.
“ Kata 2.30. Tapi tak tau la mane pak cik ni pegi.” kata Kak Fida.
” Boring la. Jom ambik gambar.” Aku mempelawa semua orang.

Tanpa berlengah aku terus memasang tripod. Bukan apa, teringin juga ada dalam gambar. Takkan aku nak ambil gambar orang je. Masing-masing bergaya berbagai gaya. Lebih-lebih lagi aku la. Seronok ambil gambar. Siap je bergambar dengan diorang, aku menbawa tripod untuk bergambar berseorang. Che Nor datang menegurku. Aku meminta tolong dia mengambil gambarku. Selesai dia mengambil gambarku, giliran aku pula mengambil gambar dia. Kami bertukar-tukar mengambil gambar. Aku menyuruh dia pose pelbagai gaya sehinggalah dia taknak. Akhirnya aku membawa tripodku sekali lagi untuk mengambil gambar di sekeliling

Tunggu punya tunggu bas tak sampai-sampai. Tertidur semua budak perempuan. Aku je yang takde nafsu nak tidur. Budak laki lagi lah. Awal-awal dah mintak nak naik bilik tidur. Kurang asam. Kul 4 or 4 lebih baru pakcik driver datang. Letih tau tunggu. Kami rancang nak pergi Padang Besar tapi lain pula jadinya. Pakcik driver bawa ke ke Tasik Melati.

” Pak cik, kat sini ade ape?” aku menyoal.
” Kat sini terdapat 3 orang gadis membunuh diri kerana cinta.” pakcik driver cerita. Padahal tu dia reka je kot.

Kami pusing-pusing n tangkap gambar. Apa lagi yang boleh buat. Tengok orang memancing, cuci mata, dan beli makanan. Tu je. Setelah dari dah lewat, aku bertolak balik ke kampus Arau untuk mandi dan bersiap. Kami akan menuju ke tempat makan pula selepas solat magrib. Masing-masing masuk ke bilik masing-masing.

Seperti biasa, dalam bilikku hanyalah bertiga. Kami memilih baju yang hendak dipakai. Mestilah, kami nak cari baju yang sesuai. Aku hanya mengenakan baju hitam dan jaket hijau serta tudung hitam dan seluar hitam. Setelah selesai, kami turun berkumpul sambil menunggu pakcik driver seperti biasa. Apabila bas sampai, kami bertolak ke tempat makan. Malam itu, kami makan dengan banyaknya. Memang puas hati makan ikan bakar. Kami memesan ikan siakap 3 rasa, ikan siakap masak stim, ikan kembong bakar, kailan ikan masin, dan satay. Kami makan dengan berseleranya. Selepas makan kami pulang ke kampus untuk berehat awal. Kami diberi rehat awal untuk membuat persiapan mengemas bilik untuk check-out keesokan hari. Esoknya kami akan bertolak ke Langkawi….

Khamis, 20 November 2008

aLLHaMDuLiLLaH....


Alhamdulillah diucapkan... syukur ke hadrat ilahi kerana dapat juga saya join n create blog ni... apa yang diharapkan, moga2 dapat lah saya merapatkan silaturrahim bersama-sama blogger2 lain.. apa yang penting, saya ingin dapatkan lebih ramai kenalan dan connection moga senang dan mudah suatu hari nati...


AMIN...