Jumaat, 19 Ogos 2011

~Berhabuk~

SEMUA BERHABUK.... BLOG BERHAPUK... BILIK BERHABUK... BUKU BERHABUK... KERJA BERHABUK..... OTAK BERHABUK.... & SEMUANYA.....


NEED TO START NEW LIFE>>>

Actually, aku mula bosan hidup macam ni... seolah-olah tiada apa yang baik.. melihat kejayaan semua orang, aku terasa ingin memulakan hidup baru.. (takde aku tak berjaya sgt pun)..

LEAVE ALL THING THAT MAKE ME SAD, BORED, HATE...

Selasa, 14 Jun 2011

~More Better~


Hurmm... kenapa tetiba entry ni kuar gambar lelaki??
Ok, mamat ni nama dia mohd 'akif.. panggil akif je.. (orang sama ng post b4 ni kat post sal Lojing)
Kisahnya bermula bila mamat ni datang jumpa aku kat Shah Alam. Kononnya nk tgok bola.. Piala FA, Tganu VS Kelantan di Stadium Bukit Jalil.. Ajak aku la gamaknya... tp..... Sorry, I segan u... tak penah2 gi tengok bola... =)

Sorry to say, i lebih suka u mcam ni... tp ade lagi kena .......
mane tak nya, datang ngan muka cam tu.. takut aku tgok...

Tengok ni.....

Hahahhaa.... apa lagi... aku suruh dia potong... So, jadilah yg kat atas tu...
Kejam Tak?? ADE AKU KESAH!!!???

Papepun, Sorry to him... =(

Rabu, 8 Jun 2011

~Edit n Delete~

Sebenarnya, bila aku difikir2, nak delete some entry... nk edit2... rasanya nk tuker theme tuk blog ni...

walaupun jejarang singgah tuk post, aku selalu singgah tu tgok2 je... tiap kali bukak, tiap kali nak post, tiap kali tak jadi.. better tukar theme n konsep....

hurmmmm.... Jap. PK... Suggestion??? hurmmm.....

Selasa, 26 April 2011

~Saya Degil~

Haisshhh... Nak mereka cerita tuk sambungan entry bawah2 ni terasa malas lak.... tatau knpe.... niat je ada... buat nye tak... paksa pun tak buat gak.... hahahha... Oleh itu, saya degil...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
tatau nk taip ape.... nak wat sesi upload gambar la....
hihihihihi.....

Isnin, 25 April 2011

~Sambungan 1~

"da byk kita lalui bersama" kata Emi dalam hati...

Fik, seorang lelaki yang baik, hormat orang tua, kelakar, selalu berfikir sebelum buat sesuatu perkara.... setelah sekian lama Fik mengenali Emi, makin kuat cintanya pada Emi. Cintanya tak pudar.

"Salah aku ke? Mmg salah aku. Aku tak patut." Pk Emi.

Emi dan Fik kini mengalami salah faham yang tak disengaja.. demi menjaga ego masing, Emi dan fik tak berhubung.

Di rumah, fik memikirkan tentang Emi. Adakah dia sepatutnya memohon maaf sekali lagi. Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Keegoan yang ada pada dirinya membuatkan dia berkeras tidak berhubung dengan Emi. Selalu mengalah membuatkan dia rasa untuk berkeras. Kerinduan di hatinya ditahan semata-mata untuk melihat tindakan Emi seterusnya..

"Sayang, maafkan abang. Abang tak bermaksud tuk lukakan hati sayang. Mungkin sayang salah faham. Kenapa sayang dah tak percayakan abang? Apa yang telah abang buat pada sayang? " Timbul raasa kesal dihati Fik kerana tidak menghubungi Emi untuk menyelesaikan masalah mereka. Membiarkan sesuatu perkara diselesaikan bila tepat pada waktunya menjadi pilihan Fik.


~ Cerita Emi~

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Emi baru sahaja pulang dari lepak bersama kawan2 sekelasnya. walaupun dia tidak selalu lepak sehingga pagi, tp tekanan yang dihadapinya menyebabkan dia lepak makan bersama kawan-kwan kelasnya sehingga pagi. Emi merupakan seorang pelajar universiti. Dia seorang perempuan yang keras hati, suka mengikut kata hati tanpa berfikir panjang dan kadang2 dia degil dan nakal. Namun begitu, Emi merupakan remaja yang baik dan suka melawak. Emi menjalinkan hubungan dengan Fik telah lama. Mereka boleh dikatakan pasangan yang popular sewaktu zaman persekolahan mereka. Namun, masa merubah segalanya. .....


Ikuti sambungan Cerita Emi.......

Sabtu, 16 April 2011

~Suka tp Sedih~

Hah... Camne ek nk gambarkan yg kita suka tapi kita sedih.....

Itu yang aku rasa hari ni... takde tempat nak luah, sini gak aku taip...

Rindu pun ade gak.... Rindu Mr be,,,, Ops...

Khamis, 14 April 2011

~ LOJING~

Hurm.... bila melalui perjalanan yg jauh, terasa penat sangat,, ditambah plak drive sendiri... Wahh!!! bangga... Lagi bangga bila dapat bawak STORM... hahaha

P/s untuk ABAH:-
" Abah, imi dah berjaya lalu 4 negeri.walaupun drive tuk 3 negeri... So, boleh kasi imi kereta besar...hahahha.. Tak nak kasi duit, imi beli sendiri lagi MELETOP...=)"

sebenarnya, abah aku ni ade SEJIBIK (sesaje) kereta.. Mak oi nk sentuh tak dapet apatah nak bwak.. (time dia ok, kasi jugak) ehehehee....


Bercakap sal drive kete, aku sebenarnya bru balik dari Shooting kat Lojing Gua Musang... Ni pegi tuk second time... bersama Robot, Aiman, Harry...

First Time g dulu ng Abah, Harry, Akif, and Fiza (my sis)...

Saje nk ngada... Gi dulu ade gak singgah cameron sbb Lojing tu tak jauh pown ng cameron.. G sekarang, siap tdo kt cameron... (tp lam kete) (gila kesian)..hahha..

Perjalanan mula dari Shah Alam - Kl - Kuantan - Cameron -Lojing -Cameron - Kota Bharu, kelantan, Terengganu, Kuantan - Kl - Shah Alam... Sume ni dalam tempoh masa 24 jam...

Best sesangat....

First Time g....


Dari Kota Bharu

Abah aku

Harry

harry, akif, aku, abah,,, pic by fiza


fiza


fiza 2

Abah pilih strawberi

anak beranak

Mat akif

Second Time lak......

1- aku drive.. 2- tempat kami tido

3- beria nk cr makanan 4- makan blakang kete

5- ngan anak orang asli, anep...


Sangat best... Nk wat trip lagi....







Khamis, 3 Mac 2011

~Tenangkan aku~

"Ya Allah, aku mohon ketenangan dariMu...
Berikan aku ketenangan supaya aku dapat melupakan segala masalah yang aku hadapi... Lindungilah aku dari segala keburukan dan redhailah aku dalam ape jua perbuatanku.. amin.,,"

Pelbagai dugaan diterima 2011 ni... bagaimana tuk jalani kehidupan seterusnya.... akan ku cari Sinar Kehidupan....

Jumaat, 11 Februari 2011

~WIDE Converter~


OK KE PAKAI NI???


ORANG KATA KELEBIHAN:-
1- SENANG KO NAK BAWAK... TAK TAY BERIA BAWAK LENS BANYAK..
2- MUDAH
3- MURAH N JIMAT

ORANG KATA KEBURUKAN:-
1- IMAGE TERCROP SKIT
2- DISTORB SIKIT
3- AUTO FOKUS KURANG DETECT... KALU MANUAL OK SKIT...

HURM....???? AKU PK??? PENDAPAT LAIN???

~Bawa Diri~

Rabu, 9 Februari 2011

~MuSiM aiR MaTa~


Dalam mencari sinar kehidupan, adakala kita terpaksa tempuh alam sedih kerana sedih itu singgah untuk membawa kita kepada gembira.....

Khamis, 6 Januari 2011

~2011~



'SELAMAT TAHUN BARU', 'HAPPY NEW YEAR' merupakan ayat-ayat yang biasa disebut apabila menjelang tahun baru..

Hurmm.. Setelah berkurun tak mengUPDATE blog, rasanya ingin menyambung kembali mengUPDATE blog ni.. (ye la tu)

Sebagai permulaan, aku nak coretkan kisah permulaan aku menyambut NEW YEAR... (al kisah nye la)

31 Disember 2010, boleh dikatakan semua pekerja awam n swasta cuti. Al maklumlah MALAYSIA menang bola lawan INDONESIA.(sedih tgok bola sorang2). So, aku bercadang hendak melawan keluarga angkat di Melaka. (angkat ke?) Perancangan telah dibuat. Hmmm... naik bas kat Sek 17, sampai sana Dak Daus (anak mak angkat) ambik, gi usha barang, beli barang dapur (nak suh mak dia masak.. hahha), then balik,... hahha.. tu je.. Tapi dak daus ni plak cakap suh tido sana sb nanti dia hantar... (malam sebelumnya dia cakap).. So, pagi-pagi lagi aku bangun, aku blurr... Nak pergi ke tidak.. Aku pun wat la keputusan tuk tanya MA (nama orang) ni. Kaedahnya dari malam nak tanya tak menjadi, so bangun pagi baru nak tanya..

Panggilan dibuat. Dari banyak2 'call' aku wat, tak hingin di jawabnya..

"Tido mati agaknya mamat ni!!" aku mula hangin.

Call lagi, call lagi, call lagi... Takde jawapan gak.. Hampeh.. Then, aku terus baring balik, ON laptop, main FRONTIERVILLE dalam facebook. Tengok jam pukul 9 lebih, call lagi. Takde jawapan. Habis. Comform aku lewat. Lebih kurang kul 10, MA call mintak maaf kata dia tido mati. SIOOOTTT je.. (padahal aku pun sama kalau dah tido.. hahha).. Aku pun cerita la ape aku plan.. kononnya mintak pendapat la. Borak punya borak macam takdapat deside. Padahal MA tak harap aku gi.(mesti dia fikir sebab aku sorang kot).. Bila dah tengok jam makin meningkat bilangannya, aku pun deside tak payah gi walaupun dah lama berniat. So, terus main laptop walaupun hati dah sakit sebab tak dapat gi.. Lagipun dah lewat. Yang lagi bengang aku dah pakai siap2.. ahhaha.. (terserlah keSTUPIDan aku) =)

Tetiba dapat call dari My Sister..

" Wey, ape plan harini? ada nak gi mana2 ke?" Soalan dia mula banyak..

"Ada. Aku nak gi Melaka. Tapi macam tak jadi je.. Kalau nak gi jom la. Boleh kita.....bla bla bla.. (dalam otak ingat kakak aku ni ade kereta tapi CETT!!)

"Wey, mane ade kete la.. Kalu ko betul nak gi. Jom la. Ko naik KTM, sampai KL Central, then naik LRT ke Masjid Jamik. I wait there. Sebab kita kena gi Bukit Jalil. Tiket kat sana." "Hayyo.. ingatkan ko boleh datang sini kita juz naik kat Sek 17, Shah Alam. Oklah. Bergerak!!! Kita usha tiket, balik hari. Ok."

So, plan dah rancang, aku kemas barang terus gerak. Mintak tolong My Kawan, Azila robot hantar pergi KTM Padang Jawa. Sampai je Masjid Jamik, My Sis beli tiket Star untuk ke Bukit Jalil. Aku juz Touch 'n' GO!!! hahaha...

Al kisah bila sampai Bukit Jalil masing2 tercengang. Mana taknya kalau dah tak penah-penah naik bas kat situ. Aku pun beli fishball, suruh Sis aku tanya makcik tu. So, jawapan dah dapat.. (macam travel ape plak)..

Beli Tiket Transnasional, terus cabut Melaka. Tiket balik tak dapat beli sebab ade yang awal sangat. kaedahnya takut tak sempat. Kul 3 gerak, kul 5 camtu sampai. Pusing2 dalam Melaka Central cari tiket dan gerak gi usha barang..( Dak Daus datang ambik). Dah usha barang, gi makan kat Asam Pedas Claypot Laksamana. Then, baru balik rumah jumpa Mak. (mak angkat).
" Masuklah. Sampai juga ko sini yea Dak Mimi. Acik tengah pikir mana la ko tak sampai lagi." Ayat Mak.
"Haahahaha.. ada je".. jawab ringkas.

Dah salam sume, sembahyang jap, sambung borak.. kebetulan malam tu malam ada ceramah kat rumah dia..
"Tajuk kita kali ini adalah Menghormati tetamu.." Kata Ustaz tu..

Apalagi, terkena sudah.. Mak borak2 ngan kami. Datang tetamu, dia kenalkan aku..
"Ni la Dak Mimi yang aku citer tu" Kata Mak.. Wah femesnya aku.. hahahhaa...
"Dak Mimi ni aku nak wat jadi menantu".. HAH????!! Tercengang tak aku...hahha

"Ntah Dak Mimi nak ke tidak la.. Ntah2 dia pun dah ada dah" Kata Kakak Sulung, anak Mak.
"Dah ada belum, Dak Mimi??" Soklan CepuCemas.. haha
"Dah kot" jawapan Simple..
"Kalo dah ade, takpela.. Tak boleh buat jadi menantu, kita jadi sedara la.." jawab mak.
"Ko datang je nanti Dak Mimi, rumah ni terbuka untuk ko." sambung mak..

Serba salah aku... habis nak wat macam mane.. Tetiba dapat tawaran ni malam tahun baru.. haisshhh.. Dah habis borak, aku minta diri tuk balik Shah Alam. Dak Daus hantar kami ke Melaka Central tuk beli tiket. Ternyata tiket ada dan kami balik ke Shah Alam.

Plan nak sambut New Year dengan My Sis n her dot dot dot dan juga My Pren, Mat Yie.. So, plan sampai Shah Alam, Mat Yie ambik aku n My Sis, nanti gi jumpa dot dot dot tu.. Tapi yang hampehnya, Driver Bus berhenti lama pulakk laa kat toilet time OTW Shah Alam. So, nak taknak we all sampai lewat. Menunggu Matyie datang ambik, kami ke toilet...


"BOOMMMM.. KEGEBOMMMM,,, BOOOMMMM...." bunyi percikan bunga api...


Moral of da story....
Jom Sambut New Year dalam Toilet..... hahhahaa...=) =D