Sabtu, 9 Mei 2009

~CiNTa~



Di saat hati kesepian mengawala hadirnya dugaan, aku terbuka 1 laman web dimana ia merupakan e-book 99tip Mutiara Cinta...


Aku try membuka sample yg diberikan...

1) “Cara bercinta paling selamat ialah bukan dengan mengawal cinta itu dari hilang tetapi bersedia untuk kehilangannya.”

---> Betul ke ape yang dimaksudkan?? Bagi pendapat aku, adakala kita perlu mengawal cinta kita sebab cinta kita adalah terpulang pada kita. Bersedia kehilangan Cinta? Sememangnya amat sakit kehilangan cinta namun itu adalah takdir dariNYA..

2) “Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain.”

---> Ya Allah, ini amat pedih.. Aku tidak sanggup menyintai orang yg menyintai orang lain.. Penah aku merasakan sayang pada seseorang, namun akhirnya aku tau dia sudah berpunya.. Adakala tidak dapat menerima semua ini, tapi cubalah untuk menerima..

3) “Cinta yang sejati, sebenarnya tidak pernah mati walaupun sudah berpisah, cinta itu akan terus mekar di lubuk jiwa. Hanya jasadnya sahaja yang sudah tidak bersama.”

---> Benar... Bila diingatkan kembali, datang rasa kesal buat orang yg kita sayang sedih.

Macam-macam lagi mutiara kata cinta.... Namun utk membaca semuanya adalah tidak mampu bagiku kerna fikiranku ditempat lain... Adakala kita akan fikir ape yg kita tak patut fikir...

Bagaimana utk mengelak???

10 ulasan:

Meooo Comicore Club berkata...

cinta xboleh dipaksa. cinta bukan kepura-puraan

MiSS MiMieY berkata...

meo>> betul... alangkah best kalau tak pk pasal cinta.. heheh

Tanpa Nama berkata...

emm terima aje dgn hati terbuka!!!

Raimi Kalam Dunia berkata...

Cinta sesama manusia satu hukuman.
Bebanan yang memberikan warna sederhana.
Ketika kali pertama adam melihat hawa!
Ketika kali pertama,
apakah itu... manusiakah ia..
Kenapa ada perbezaan antara kami..
Hawa memiliki sesuatu yang tidak dimiliki adam. Rasa ingin memiliki sesuatu yang tiada, menggerakkan kekuatan adam untuk menakluk hawa.

berkata...

cinta....?
hmm...susah utk di fahami dan di mengerti kan...

(^_^)

♣♣ Yanie Putrajaya ♣♣

MiSS MiMieY berkata...

kf>>>
sukar utk menerima.. namun belajar utk menerima...

RainMe>>>
thanks 4 da comment..
betul yg anda kata..
adakala ia 1 bebanan...
Namun rapatkan diri ngan Tuhan...
Segala2nya DIA yg aturkan..

Sis Yanie>>>
betul sis... sgt2 susah memahami cinta..
Lagi susah mengenali dan memahami manusia..
Manusia mudah berubah dalam sekelip mati...

IxoR@ berkata...

cinta itu natural...

:D

MiSS MiMieY berkata...

ixora>>>
nak dapatkan natural tu la pelbagai yg kena tempuh...

SI Gadis berkata...

“Penyakit cinta yang amat menyakitkan adalah, mencintai orang yang mencintai orang lain.”

yg ni btol..mmg menyakitkn..tp klu kita sanggup menunggu, penantian tu kadang2 berbaloi bila org yg kte cntai tu mencintai kte..^_^

MiSS MiMieY berkata...

azri azyan>>>
jarang berlaku begitu... kebanyakan yg berlaku bila dah bercinta baru nak bercinta ng orang lain... menyampah betull...

apakata bunuh aje orang macam ni??? hehehe guray je