HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.
JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.
APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.
CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.
CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.
SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.
CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.
ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.
ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.
CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
DON
7 tahun yang lalu
19 ulasan:
nice wording...
to meo-->
thanks meo...
emm mekasih miss mimiey ats tips cinta ini,oh my god..kf belum tentu menjumpai ayat2 cinta yg sessuai dgn jiwa kf nie..biarlah masa tentukan..
p/S:-"namun ku harus tinggalkan cinta ketika ku bersujud"
takkan pernah serik mencri cinta...kerna ianya anugerah dari ilahi..wlupun diri ini belum cukup kuat utk dicintai oleh sesiapa..
to kf--->
sabar lah kf... Tuhan menciptakan semua benda ni dunia ni berpasangan... semoga kf jumpa yg paling sesuai ng kf, yea..
::bila dah jumpa, jgn lupa blogger2::
::kwin tu jemput..hehehe..::
cinta itu indah tp menyakitkn..
to NemO-->
betul tu nemo... tetapi cinta bakal mengajar kita erti kehidupan...
to NemO-->
betul tu nemo... tetapi cinta bakal mengajar kita erti kehidupan...
salam..
cik mimiey..
leh bg kter tip skit ???
hahahahaha..
btol nk blja nie..
tnjuk ajrku sifooo
to skatype--->
saling memahami resepi kebahagiaan..
tunjuk ajarku sifu..best lagu...
:)
salam,
masa bercinta dulu pakai tag line ni...cinta itu ibarat kurap, lagi digaru makin sedap :)
slm 2 Miss Mimiey..
Award utk Mimiey, hope gembira "n" ceria ok..jgn sedih lagie..
"hp hilg bisa diganti,hati yg luka ssh diubati"..
psst:-dh sihat lum..td kate tak sihat kan..emm..jgn lupe mkn ubat ok.take care..kf sentiasa disismu..( just be friend be 4 luve").
sekian..smile always..
cinta itu buta..
buta mata hati...
cinta membuat kita sukar memilih mana satu betul atau tidak..
salam zairah...
hai..nice blog..
sy dah follow awk nya blog dah..
slm ketemu lagie..
mimiey kamu bz ker atau awk tgh x sihat nie..emm..hope awk ok lah yer..risau lak kite nie..emm..
"syg2 buah kepayang,adoyai apslak aku selalu tebayang "
to anntaj-->
jgn perli, k.. thanks.. lagu ni ade sorang abg tujukan..hehehe..
::gatal::
to DrSam-->
"makin digaru makin sedap?"
so, cinta ni makin bercinta makin gembira ek??
::fikir::
to kf-->
anda member yg selalu take care..
thanks kf...
thanks 4 everything...
to jiwa kaco-->
salam ziarah dan terima kasih..
betul, cinta itu sebenarnya sukar dr apa yg digambarkan.. so, berhati-hati dalam bercinta.
::termenung::
to hyfa hasan-->
thanks hyfa... selamat berblog.. jangan lupa singgah lagi...
::senyum manis::
u write very well..
to S90-->
hurm.. tq..
Catat Ulasan