Jumaat, 12 Disember 2008

PeRLiS 'n' LaNgKaWi...

Dah lama rasanya tak update blog ni.. dalam hati macam2 aku nak tulis.. tapi ntah lah... nak kata masa tak mengizinkan.. tak jugak.. nak kata malas, tak jugak.. tapi ntah lah.. tiap kali nak bukak blog jadi ada je perasaan yang menghalang.. tapi setelah tgok Kak Yan (kawan Kak Fiza time trip) tu ade tulis peristiwa kat Langkawi, terdetik lah hati nak sambung cter aku yang tak habis haritu... K lah.. ni lak kisah Versi Langkawi... aku akan luahkan seingat mungkin (maklum lah dah lama pergi).. huhuhu..



VERSI LANGKAWI...




Kami bertolak ke Jeti Perlis awal pagi.. ingatkan awal la sangat kan... tapi lewat jugak.. tak kisah pun.. Sampai di Jeti, kami bergegas turunkan barang2 dari bas.. Kami sampai agak lewat ke Jeti menyebabkan kami tak de masa nak sarapan pagi.. Setelah barang diangkat, kami menunggu feri di tempat yang disediakan... Sambil2 tu, kami bergambar untuk dijadikan kenangan nanti. Kami kemudian disuruh beratur disebabkan feri yang hendak dinaiki telah sampai.. Kami beratur masuk ke feri. masing bergegas membawa barang2 sendiri. Fuh, memang amai orang.. Di dalam feri, aku mengambil tempat di hadapat isteri En. Nasa, iaitu di tepi tingkap. Shimi (budak part 3 DPA) kemudian mengambil tempat disebelahku. Kemudian Daus pula mengambil tempat disebelah Shimi.. Maklumlah, tempat di dalam feri mmg di booking.

" Wei, jom naik atas." kata Daus.

" Jom. Mi, jom ar." ajak Shimi.

"Takpe ar. Korang naik ar dulu. Nanti aku join." jawabku sebab aku nak ambik camera jap.

Aku kemudian ke pintu belakang untuk naik ke tingkat atas. Permandangan dari atas cantik sebab bebas nak tegok apa2 je tambah lagi angin pun kuat.. Pergh!!! memang best. Di tingkat atas aku hanya nampak Susu je. Tu pun Daus tgah ambik gambar dia. Then, aku, Daus, Shimi pergi ke bahagian tepi feri. Kami bergambar di situ sementara anak-anak En. Nasa datang join kami.. Di atas ni aku je pompuan yang ade.. aku tak tau ar mane habis pompuan2 lain.. Tapi takpe lah.. maybe dia tak tau kitaorang kat atas.. Kami bergambar sepuas2-puasnya..


"Mi, ambik gambar akak ng Kak Yan boleh?" tanya Kak Fiza..


"Boleh jea." jawabku.


Aku ambik gambar Kak Fiza n Kak Yan. Selepas tu, aku bergambar lagi. Nampaknya makin ramai dak2 ni naik. Zaki ade, Kak Fida ade, Adik ade, Che Nor ade, lain2 pun ade jugak.. Kami kemudian bergambar bersama2. Sape lagi yang capture gambar kalau bukan Daus yang keding tu.. heheh.. (dah biasa panggil dia keding... hahha.. Sorry, Daus.)Yang tak boleh belah, Shimi ambik gambar ngan Negero. Busuk kot bau dia.. (Ops!!! tapi ikhlas kot).
Kami turun ke tempat masing2 sambil menunggu tiba di Jeti kat Langkawi.. Sambil tunggu, sambil nonton citer Seniman P. Ramlee yang bertajuk Masam Manis. ( kalau tak silap lah coz yang pasal dia ng jiran sebelah tu. huhu..) Tunggu punyer tunggu, akhirnya kami tiba di Jeti Langkawi..


Di Jeti, Shimi meminta aku bawakan beg dia. Tapi, ape lak kan. bawak ah sendiri.. Tup tup aku bagi cadangan suruh dia letak beg dia tu atas beg aku n tarik beg aku sekali. heheh.. Apalagi, Shimi malas nak pgang beg dia, dia letak je atas beg aku n tarik. tak letih n berat sangat yang dia rasa. Si Keding lak perli aku ng Shimi. Macam lah aku ngan Shimi ade affair. Sorry, k. Aku ke Langkawi for Fun je. Bukan cari balak kan kan.. hehehe... takde lah.. buat ape nak cari orang jauh kan. Cari dekat2 sudah.. hahaha.. tak kisah lah.. Kami mmg suka gurau2 pun. Kami kemudian menunggu ketibaan van seperti yang dirancangkan. Apabila van sampai, En. Nasa n Zaki dulu yang bawa. Lagipun yang sampai hanya 2 buah. Sampai je van kami, Che Nor yang jadi Driver. Bukan ape, yang lain takde lesen. Nak suruh aku? Taknak kot. Bukan tak confident tapi aku juz suka jadi secondhand.. hahaha.. tu aku.. Kalau tak terpaksa, aku taknak bawak. Lagipun ramai kot anak-anak orang. Tak rela den. bagi Che Nor, ok coz dia pun mmg mahir bawak kete. bagus ah Che Nor. Kami kemudian dibawa ke appartment yang disewa. Rupanya appartment yang sama seperti yang aku n dak2 clasz datang hari tu. Yang berbeza hanya bilik. Hari tu bilik 3, tapi ni bilik 4. Masuk je bilik, aku terus terkam ke bilik yang ade toilet. bukan ape, aku nak try tdur dalam tu plak coz dah 2 kali aku mengalah ngan member. Last2 aku kena tido kat lantai.. tapi tak kisah coz dalam bilik tu ade banyak katil. Lagi 1 coz ada cadangan budak laki 1 appartment ngan budak pompuan. That's y aku terus nak ambik bilik tu. Saje nak perli dak2 laki. Tak kisah pu. Akhirnya, Pn. Faizura (Resident's Staff Tun Kudu) n her husband yang masuk n dak2 laki kena masuk appartment En. Nasa. Huhuh... Padan Muka!!!. Tapi aku agak pelik apabila Che Nor kata 'orang dah kawin lain dari yang belum kawin. Dia lebih pakar.' Aku kurang faham sebenarnya, tapi mungkin Che Nor fikirkan keselamatan kami. Ok lah tu. Kak Fida, Che Nor n Kak Fiza ke rumah En. Nasa membincangkan sesuatu. Ntah lah ape. Aku hanya nonton TV. Malas nak ambik tau. Aku ok je asal majoriti.
Diorang kemudian masuk dengan muka mencuka. Aku tak tau nape. TApi berdasarkan yang aku faham, Che Nor cuba mintak tukar orang dalam appartment kami. Ntah la.. Biar je. Aku terpaksa berundur dari bilik tadi kerana bilik tu terpaksa di beri kepada Pn. Faizura n suaminya. Aku kemudian msuk ke bilik di hadapan bilik tu. Aku menumpang barang2 di bilik tu sementara tak tau mane tempat aku sebenarnya. Kami kemudian bersiap untuk makan disebabkan semua dah lapar. Kami makan tak jauh dari Pekan Kuah, iaitu bersebelahan dengan stesen minyak Shell.


Selesai makan, kami balik ke bilik untuk salin baju n bersiap. Budak2 laki lak pg smayang jumaat.. Kami lepak je dalam bilik sambil tgok cter. Bila dak laki dah balik, kami bertolak ke cable car. Kononya nak naik Cable Car. Malangnya angin kuat menghalang kami utk naik ke atas. Kami berjalan2 sekitar kawasan tu. Tak lupa juga masuk ke kawasan ade binatang2 tu.. ( lupa lak ape namanya. hehhe). Sambil2 tu kami bergambar ngan rusa, dan arnab. selepas tu kami menuju ke kandang gajah. Nak masuk bayar Rm5. Apalagi, taknak aku masuk.. No money, no talk.. hahah.. Orang yang masuk juz, kak fiza, kak fida, kak long, kak yan, che nor, n adik kak fida.. tu pun kalu tak silap aku la.. dak2 ni juz tgok dari luar..




ADER GAYA JD MODEL TAK???





"Eee, boleh pegang.."



Selesai pusing2, kami bergerak ke telaga tujuh. Pergh!! penat kot mendaki ke sana.. tapi kami tak ke telaga tujuh pun.. Juz air terjun je kat situ.. nak naik telaga tujuh?? kurus aku nanti.. hahaa... Di air terjun tu, kami bergambar beramai2.. tak lupa jugak aku ambik gambar mat salleh kat situ.heheheh.. Setelah puas berasa di air terjun tu, kami berlumba turun ke kereta..









Di kereta, kami berbincang ke mana arah yang hendak di tuju lagi.. Sambil2 tu, Zaki, Susu n lain2 memeriksa van kami kerana ader terbau bau hangit... Apabila dah ok, kami menuju ke Pantai Cenang, utk menyaksikan matahari terbenam.. Tak lupa juga dengan niat aku utk naik banana boat seperti yang aku rancang bersama2 budak2 perempuan sebelum bertolak. Masing2 telah bawak baju salinan. Dalam perjalanan ke Pantai Cenang, kami (van Perempuan) jadi leader. Kami sebenarnya tersalah jalan iaitu jalan jauh ke pantai Cenang.. tapi kami buat2 confident je. (takut malu nak u-turn.. heheha). Yang penting, kami jumpa jalannya.. Kami juga ade ternampak tempat Go-Kart. Zaki memberi cadangan utk berlumba kereta kat tempat tu. Bila berbincang balik, kami putuskan utk datang esok hari jika berkesempatan.. kemudian kami teruskan perjalanan ke Pantai Cenang...


Di Pantai Cenang, aku rasa bosan je.. Tak seperti yang aku datang sebelum ni dengan classmate aku n lecturer (en. hafiz). Dah teringat dengan plan, aku tanya member2 pasal banana boat. Masing2 buat dek je.. Ade yang tanya berapa harga sekali naik.. Bila aku ajak kak Yan, dia macam beria jugak.. So, aku ajak dia survey harga. Kami jalan ke hujung dimana ade tempat terdapat banana boat.. kami deapat harga Rm 70 iaitu utk 7 orang.. kiranya Rm10 sorang je. Itu pun dari Rm90. Oklah tu... Aku n Kak Yan pun balik ke tempat dimana diorang berkumpul. Aku tanya sape yang nak join banana boat. Dak2 pompuan buat dek je.


"tadi kata semua nak naik. Kenapa bila dah sampai sume macam taknak.. kataku.


Kak Fiza bagi alasan dia mmg tak comform even dia bawa baju. Kak Fida pula dalam 2. Kak Long macam takde perasaan. Biasalah ustazah.. hahah... Shark tak boleh sebab dot dot dot, Che Nor entah kemana masa tu. Kak Yan je yang ok. Bincang sana sini akhirnya aku rasa tak sedap je.

"Mimi naik la. Jangan sebab akak tak jadi pulak". Kata Kak Fiza.
"Takpe ah Kak. Takde orang bagi support macam mane nak naik. Sume nak 7 orang. Sape lagi." Kataku..
Bincang punya bincang akhirnya naik lah.. Aku, Kak Yan, Keding, Susu, Syimi, Syafiq n Zaki. Best Giler. Macam2 kenangan masa dalam air. Kelakar bila diingatkan balik. Masing2 kelakar. Bila dah siap, kami naik ke darat n minum air kelapa. Percuma kot. Kak Fida n Che Nor lak gi naik payung terjun. Hish... Mesti best. Selesai sume, kami balik ke appartment..






Di appartment, aku menunggu turn utk mandi. Dalam pada tu aku terpk2 kenapa salah seorang dari kami buat muka ngan aku. tapi takpe lah. aku juz sedapkan ati yang takde pape. Malamnya, kami kuar utuk makan, n shopping di Pekan Kuah.. Aku ingat aku taknak ikut disebabkan tak sedap ati. Tapi aku ikut juga. Dalam van, aku terasa macam ade yang menyindirku.. Aku biarkan aje.. Ketidak puasan hati aku aku luahkan pada Kak Long.. Keadaan berlarutan hinggalah kami dalam perjalanan balik ke Melaka. Kami singgah di Padang Besar utk shopping..



Lastly, rupanya ada orang takpuas hati ngan aku sebab aku baik ngan dak laki. Ntah lah. Mungkin salah seorang dari budak laki tu dia minat kot.. Aku tak perasan tapi aku tau bila Kak Long yang perasan.. Hishhhh... Macam2 orang ni... Ape yang penting, aku takde niat nak cari couple atau nak usik sape2. Aku pergi juz nak berhibur n tenangkan hati je. Hatiku tenang bila Kak Long cerita padaku.. Aku ape lagi, bagi lah peluang pasangan tu berdua.. Lepas bagi peluang rupanya dah ok... hahahaha.... Lucu giler... Akhirnya kami selamat sampai di Kolej dan aku selamat pulang ke rumah di Kelantan...


P/s: kalau ader kawan2 yang ader watak dalam ni terasa, aku mintak maaf... tapi ini kenyataan.. Apepun, sayang kamu semua... Harap jumpa lagi....

..:SEMOGA JUMPA KALIAN LAIN WAKTU:..


4 ulasan:

AzRi AzyAn berkata...

yey! mmg best!
rindu lak kenangan2 nie..
^_^
sronok sgt!

MiSS MiMieY berkata...

AzRi AzyAn-->
Semoga jumpa lg lain masa..

..:Nak join tak kalau ade game yg extream?:..

AzRi AzyAn berkata...

mau mau..
ehehe~
cam menarik je..

MiSS MiMieY berkata...

nanti kalau shimi n susu jadi, mimi bagtau... diorang yg invite sebenarnya.. hehehe..