Kami bertolak ke Jeti Perlis awal pagi.. ingatkan awal la sangat kan... tapi lewat jugak.. tak kisah pun.. Sampai di Jeti, kami bergegas turunkan barang2 dari bas.. Kami sampai agak lewat ke Jeti menyebabkan kami tak de masa nak sarapan pagi.. Setelah barang diangkat, kami menunggu feri di tempat yang disediakan... Sambil2 tu, kami bergambar untuk dijadikan kenangan nanti. Kami kemudian disuruh beratur disebabkan feri yang hendak dinaiki telah sampai.. Kami beratur masuk ke feri. masing bergegas membawa barang2 sendiri. Fuh, memang amai orang.. Di dalam feri, aku mengambil tempat di hadapat isteri En. Nasa, iaitu di tepi tingkap. Shimi (budak part 3 DPA) kemudian mengambil tempat disebelahku. Kemudian Daus pula mengambil tempat disebelah Shimi.. Maklumlah, tempat di dalam feri mmg di booking.
" Wei, jom naik atas." kata Daus.
" Jom. Mi, jom ar." ajak Shimi.
"Takpe ar. Korang naik ar dulu. Nanti aku join." jawabku sebab aku nak ambik camera jap.
Aku kemudian ke pintu belakang untuk naik ke tingkat atas. Permandangan dari atas cantik sebab bebas nak tegok apa2 je tambah lagi angin pun kuat.. Pergh!!! memang best. Di tingkat atas aku hanya nampak Susu je. Tu pun Daus tgah ambik gambar dia. Then, aku, Daus, Shimi pergi ke bahagian tepi feri. Kami bergambar di situ sementara anak-anak En. Nasa datang join kami.. Di atas ni aku je pompuan yang ade.. aku tak tau ar mane habis pompuan2 lain.. Tapi takpe lah.. maybe dia tak tau kitaorang kat atas.. Kami bergambar sepuas2-puasnya..
"Mi, ambik gambar akak ng Kak Yan boleh?" tanya Kak Fiza..
Kami turun ke tempat masing2 sambil menunggu tiba di Jeti kat Langkawi.. Sambil tunggu, sambil nonton citer Seniman P. Ramlee yang bertajuk Masam Manis. ( kalau tak silap lah coz yang pasal dia ng jiran sebelah tu. huhu..) Tunggu punyer tunggu, akhirnya kami tiba di Jeti Langkawi..
Diorang kemudian masuk dengan muka mencuka. Aku tak tau nape. TApi berdasarkan yang aku faham, Che Nor cuba mintak tukar orang dalam appartment kami. Ntah la.. Biar je. Aku terpaksa berundur dari bilik tadi kerana bilik tu terpaksa di beri kepada Pn. Faizura n suaminya. Aku kemudian msuk ke bilik di hadapan bilik tu. Aku menumpang barang2 di bilik tu sementara tak tau mane tempat aku sebenarnya. Kami kemudian bersiap untuk makan disebabkan semua dah lapar. Kami makan tak jauh dari Pekan Kuah, iaitu bersebelahan dengan stesen minyak Shell.
Selesai makan, kami balik ke bilik untuk salin baju n bersiap. Budak2 laki lak pg smayang jumaat.. Kami lepak je dalam bilik sambil tgok cter. Bila dak laki dah balik, kami bertolak ke cable car. Kononya nak naik Cable Car. Malangnya angin kuat menghalang kami utk naik ke atas. Kami berjalan2 sekitar kawasan tu. Tak lupa juga masuk ke kawasan ade binatang2 tu.. ( lupa lak ape namanya. hehhe). Sambil2 tu kami bergambar ngan rusa, dan arnab. selepas tu kami menuju ke kandang gajah. Nak masuk bayar Rm5. Apalagi, taknak aku masuk.. No money, no talk.. hahah.. Orang yang masuk juz, kak fiza, kak fida, kak long, kak yan, che nor, n adik kak fida.. tu pun kalu tak silap aku la.. dak2 ni juz tgok dari luar..
ADER GAYA JD MODEL TAK???
Selesai pusing2, kami bergerak ke telaga tujuh. Pergh!! penat kot mendaki ke sana.. tapi kami tak ke telaga tujuh pun.. Juz air terjun je kat situ.. nak naik telaga tujuh?? kurus aku nanti.. hahaa... Di air terjun tu, kami bergambar beramai2.. tak lupa jugak aku ambik gambar mat salleh kat situ.heheheh.. Setelah puas berasa di air terjun tu, kami berlumba turun ke kereta..
Di Pantai Cenang, aku rasa bosan je.. Tak seperti yang aku datang sebelum ni dengan classmate aku n lecturer (en. hafiz). Dah teringat dengan plan, aku tanya member2 pasal banana boat. Masing2 buat dek je.. Ade yang tanya berapa harga sekali naik.. Bila aku ajak kak Yan, dia macam beria jugak.. So, aku ajak dia survey harga. Kami jalan ke hujung dimana ade tempat terdapat banana boat.. kami deapat harga Rm 70 iaitu utk 7 orang.. kiranya Rm10 sorang je. Itu pun dari Rm90. Oklah tu... Aku n Kak Yan pun balik ke tempat dimana diorang berkumpul. Aku tanya sape yang nak join banana boat. Dak2 pompuan buat dek je.
"tadi kata semua nak naik. Kenapa bila dah sampai sume macam taknak.. kataku.
Kak Fiza bagi alasan dia mmg tak comform even dia bawa baju. Kak Fida pula dalam 2. Kak Long macam takde perasaan. Biasalah ustazah.. hahah... Shark tak boleh sebab dot dot dot, Che Nor entah kemana masa tu. Kak Yan je yang ok. Bincang sana sini akhirnya aku rasa tak sedap je.
"Mimi naik la. Jangan sebab akak tak jadi pulak". Kata Kak Fiza.
"Takpe ah Kak. Takde orang bagi support macam mane nak naik. Sume nak 7 orang. Sape lagi." Kataku..
Bincang punya bincang akhirnya naik lah.. Aku, Kak Yan, Keding, Susu, Syimi, Syafiq n Zaki. Best Giler. Macam2 kenangan masa dalam air. Kelakar bila diingatkan balik. Masing2 kelakar. Bila dah siap, kami naik ke darat n minum air kelapa. Percuma kot. Kak Fida n Che Nor lak gi naik payung terjun. Hish... Mesti best. Selesai sume, kami balik ke appartment..
Di appartment, aku menunggu turn utk mandi. Dalam pada tu aku terpk2 kenapa salah seorang dari kami buat muka ngan aku. tapi takpe lah. aku juz sedapkan ati yang takde pape. Malamnya, kami kuar utuk makan, n shopping di Pekan Kuah.. Aku ingat aku taknak ikut disebabkan tak sedap ati. Tapi aku ikut juga. Dalam van, aku terasa macam ade yang menyindirku.. Aku biarkan aje.. Ketidak puasan hati aku aku luahkan pada Kak Long.. Keadaan berlarutan hinggalah kami dalam perjalanan balik ke Melaka. Kami singgah di Padang Besar utk shopping..
Lastly, rupanya ada orang takpuas hati ngan aku sebab aku baik ngan dak laki. Ntah lah. Mungkin salah seorang dari budak laki tu dia minat kot.. Aku tak perasan tapi aku tau bila Kak Long yang perasan.. Hishhhh... Macam2 orang ni... Ape yang penting, aku takde niat nak cari couple atau nak usik sape2. Aku pergi juz nak berhibur n tenangkan hati je. Hatiku tenang bila Kak Long cerita padaku.. Aku ape lagi, bagi lah peluang pasangan tu berdua.. Lepas bagi peluang rupanya dah ok... hahahaha.... Lucu giler... Akhirnya kami selamat sampai di Kolej dan aku selamat pulang ke rumah di Kelantan...
P/s: kalau ader kawan2 yang ader watak dalam ni terasa, aku mintak maaf... tapi ini kenyataan.. Apepun, sayang kamu semua... Harap jumpa lagi....
..:SEMOGA JUMPA KALIAN LAIN WAKTU:..
4 ulasan:
yey! mmg best!
rindu lak kenangan2 nie..
^_^
sronok sgt!
AzRi AzyAn-->
Semoga jumpa lg lain masa..
..:Nak join tak kalau ade game yg extream?:..
mau mau..
ehehe~
cam menarik je..
nanti kalau shimi n susu jadi, mimi bagtau... diorang yg invite sebenarnya.. hehehe..
Catat Ulasan